Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779834
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAdliah Mhd Ali, Dr.en_US
dc.contributor.advisorChong, Wei Wen, Dr.en_US
dc.contributor.authorShubathira Sooriamoorthy (P110192)en_US
dc.date.accessioned2025-07-11T02:14:17Z-
dc.date.available2025-07-11T02:14:17Z-
dc.date.issued2025-05-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779834-
dc.description.abstractPembaziran ubat sering dikaitkan dengan faktor seperti kematian pesakit, ketidakpatuhan, peningkatan keadaan kesihatan, kesan buruk ubat, lupa mengambil ubat, ulat luput, dan kebimbangan terhadap kekurangan ubat. Walau bagaimanapun, data mengenai peranan kepercayaan pesakit terhadap ubat dalam menyumbang kepada pembaziran ubat masih terhad. Di Malaysia, di mana kerajaan menyediakan ubat bersubsidi di fasiliti kesihatan awam, pemahaman terhadap kepercayaan ini penting untuk menangani pembaziran ubat bersubsidi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepercayaan terhadap ubat dan amalan pembaziran ubat, meramalkan faktor penyumbang pembaziran, serta membangunkan dan menilai intervensi pendidikan. Projek pertama menggunakan soal selidik Beliefs about Medicines Questionnaire (BMQ) dan ReDiUM dalam kajian keratan rentas di enam fasiliti kesihatan kerajaan. Dengan kadar respons 75% (750 responden), dapatan menunjukkan BMQ Keperluan berkorelasi negatif, manakala BMQ Kebimbangan, Penggunaan Ubat Berlebihan, dan Kesan Merbahaya berkorelasi positif dengan pembaziran ubat. Regresi berganda mengenal pasti BMQ Kebimbangan, Penggunaan Ubat Berlebihan, dan Kesan Merbahaya sebagai peramal pembaziran ubat bersubsidi. Projek kedua melibatkan ulasan penskopan terhadap 21 kajian, mengenal pasti 9 intervensi, termasuk penggunaan ubat milik pesakit sendiri, rekonsilasi ubat, intervensi pendidikan, dan skim preskripsi ulangan. Intervensi pendidikan terbukti berkesan dalam mengurangkan pembaziran ubat dan meningkatkan kesedaran. Projek ketiga membangunkan intervensi pendidikan untuk pesakit berisiko tinggi, disahkan oleh 6 pakar dan 5 pesakit, dengan indeks kesahan kandungan masing-masing 0.83 dan 0.775. Kepercayaan terhadap ubat mempengaruhi pembaziran ubat bersubsidi secara signifikan. Intervensi yang dikendalikan oleh ahli farmasi, termasuk video pendidikan yang dibangunkan, berpotensi meningkatkan pengetahuan pesakit dan mengurangkan pembaziran ubat bersubsidi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMedical Wasteen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKepercayaan pesakit dalam mempengaruhi pembaziran ubatan dan kebolehlaksanaan intervensi pendidikanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages139en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjanaen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepercayaan pesakit dalam mempengaruhi pembaziran ubatan dan kebolehlaksanaan intervensi pendidikan.pdf
  Restricted Access
Full-text79.99 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.