Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779367
Title: Epistemologi pengukuran dalam psikologi Islam (suatu kajian pengukuran mental kognitif Islam)
Authors: Khairil Anwar
Khaidzir Hj. Ismail
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Psikologi Islam
Mental-kognitif Islam
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu dalam psikologi Islam sama ada dalam bentuk kegiatan mahupun secara pemikiran. Kajian-kajian asas secara teori dan falsafah dalam psikologi Islam sebagai mazhab ke-5, memperlihatkan perkembangan yang pesat seiring adanya tuntutan Islamisasi keilmuan dalam dunia Islam. Namun ketimpangan Psikologi Islam akan ternampak apabila bergerak ke satu titik Ilmu psikologi yang diakui. Setakat ini Psikologi Islam masih belum memiliki epistemologi khusus yang mengarah kepada konsep pengukuran psikologi. Walaubagaimanapun secara sejarah psikologi diakui sebagi suatu ilmu adalah kerana berasaskan verifikasi pengukuran kuantitatif, sebagaimana yang dipelopori William Wundt dengan strukturalismenya. Kajian ini cuba menawarkan konsep Epistemologi pengukuran dalam psikologi Islam dengan cara mentransformasikan ideologi, budaya dan sosial yang bersumberkan dari al-qur'an dan Hadits yang akan digunapakai untuk membentuk konstruk-konstruk dan indikator-indikator sesebuah pengukuran yang tentunya dikombinasikan menurut kaedah psikometrik yang sedia ada. Konsep mental-kognitif sebagai bentuk cara berfikir berteraskan Islam telahpun dibina dengan pendekatan tawaran epistemologi dimaksud. Pengukuran ini dibina berdasarkan lima domain, yang masing-masing memiliki konstruk-konstruk untuk selanjutnya dioperasionalkan dalam bentuk indikator-indikator atau item-item pertanyaan dalam bentuk ayat psikologi gunanya untuk mengenalpasti mental- kognitif Islam seseorang individu atau masyarakat. Domain-domain tersebut adalah terdiri dari ilmu ketauhidan, hukum Islam, konsep pengetahuan Islam, sejarah Islam dan etika Islam.
Pages: 68
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779367
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.