Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779360
Title: | Ekopelancongan tanah tinggi di Malaysia: perbandingan persepsi pelancong |
Authors: | Jabil Mapjabil Chan Ngai Weng Norizan Mod Nor Suriati Ghazali |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Ekopelancongan Tanah tinggi Pelancong domestik dan antarabangsa |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Kertas kerja ini meneliti tentang ekopelancongan tanah tinggi di Malaysia berdasarkan persepsi pelancong domestik dan antarabangsa. Kawasan kajian ialah Genting Highland, Bukit Tinggi dan Gunung Matchincang. Perkara yang dikaji adalah ciri tarikan ekopelancongan, ciri persekitaran ekopelancongan, aktiviti pengunjung yang diperhatikan di destinasi berkenaan dan aktiviti pembangunan yang mengancam ekopelancongan tanah tinggi yang dilawati. Hasil kajian menunjukkan wujud persamaan persepsi dalam kalangan pelancong yang mengunjungi ketiga-tiga destinasi yang dikaji dalam konteks keutamaan tanah tinggi dan hutan sebagai ciri tarikan ekopelancongan utama berbanding dengan lapan ciri tarikan ekopelancongan lain. Aktiviti rekreasi, keindahan permandangan dan pengalaman mencabar adalah pilihan bagi menggambarkan keadaan ciri persekitaran ekopelancongan yang dilawati. Seterusnya, aktiviti merokok dan membuang sampah adalah aktiviti pengunjung yang paling kerap diperhatikan ke semua kawasan kajian berbanding dengan aktiviti lain. Daripada aspek aktiviti pembangunan yang mengancam ekopelancongan didapati aktiviti pembalakan dan pembinaan pusat pelancongan itu sendiri dianggap yang paling ketara sebagai ancaman bagi ketiga-tiga kawasan kajian. Persepsi pelancong ini adalah penting untuk menentukan tahap keprihatinan dan kesedaran mereka terhadap ekopelancongan tanah tinggi di negara ini. |
Pages: | 64 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779360 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.