Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779346
Title: | Pendidikan alam sekitar ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia: isu dan cabaran |
Authors: | Haryati Shafii Sharifah Meryam Shareh Musa Zakila Abd. Rahman |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Kelestarian alam sekitar Pengajian alam sekitar Pembangunan mampan |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan kerana sistem pendidikan akan melatih tenaga manusia bagi tujuan pembangunan. Pendidikan alam sekitar sama ada secara formal dan tidak formal merupakan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah daripada timbulnya masalah baru. Isu yang cuba dikupas dalam kertas ini ialah bagaimana pendidikan alam sekitar boleh meletakkan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai satu bidang ilmu yang wajib diajar secara berterusan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Pemilihan pendekatan yang sesuai dan objektif dalam pengajaran supaya menepati kumpulan sasaran yang terlibat. Kajian ini adalah untuk melihat isu dan cabaran pendidikan alam sekitar dalam melahirkan warga yang 'celik alam sekitar' dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Kajian ini akan melihat dari aspek pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan formal melibatkan pendidikan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Manakala pendidikan tidak formal pula dilihat melalui peranan media cetak dan media elektronik dalam alam sekitar kepada masyarakat. Pendidikan alam sekitar menyebarkan pendidikan merupakan aktiviti sepanjang hayat dan bersifat multidisiplin. Pendekatan dan pengisian dalam pendidikan alam sekitar mengandungi 3 aspek iaitu pendekatan melalui Pendidikan Mengenai Alam Sekitar, Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar dan Pendidikan Untuk Alam Sekitar. Perkembangan pendidikan alam sekitar sejak akhir-akhir ini diasaskan kepada 'kemampanan alam sekitar' penting bagi mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan pendidikan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat di masa akan datang. |
Pages: | 61 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779346 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.