Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779328
Title: Proses akulturasi generasi pertama dan kedua imigran Indonesia: satu dapatan awal di Kampong Wira Damai Selangor
Authors: Fatin Dalila Hazwani Mohmed Azmin
Sri Rahayu Ismail
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Migrasi antarabangsa
Kajian imigran
Integrasi budaya
Sosio-demografi
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Akultrasi adalah proses sosial yang wujud apabila suatu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur-unsur kebudayaan asing sehingga unsu- unsur kebudayaan asing itu diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa menyebabkan hilangnya keperibadian kebudayaan sendiri tanp amenyebabkan hilangnya keperibadian kebudayaan sendiri. Pada kebiasaannya, proses akultrasi ini berlaku dalam konteks masyarakat minoriti yang membabitkan persoalan antara pengekalan identiti budaya asal atau menerima identiti budaya baharu. Dalam era dunia tanpa sempadan, proses migrasi di antara penduduk sesebuah negara dengan negara yang lain tidak dapat dielakkan. Situasi ini turut sama dilalui oleh Malaysia yang menerima kehadiran pelbagai penduduk dunia luar terutamanya dari rantau ini seperti Indonesia, Kemboja, Myanmar, Filipina dan Thailand. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini akan memfokuskan kepada tingkahlaku akulturasi dalam kalangan generasi pertama dan kedua imigran Indonesia. Ia bertujuan bagi mengenal pasti sama ada wujud perbezaan atau tidak dalam tingkah laku akultrasi di antara kedua-dua generasi tersebut. Faktor demografi seperti umur, jantina, tempoh berada di Malaysia, latar belakang sosio-ekonomi serta pendidikan, penglibatab berorganisasi dan bilangan ahli keluarga dikaji untuk menganalisis proses akultrasi responden. Satu set borang soal selidik digunakan untuk membantu dalam menjalankan kajian ini. Data-data yang diperolehi dinilai dan dianalisa dengan menggunakan Stastical Packages for Social Science (SPSS). Hasil kajian ini dijangka akan dapat memperbanyakkan lagi penulisan mengenai perkembangan proses akultrasi yang berlaku di negara ini, di samping dapat memberi gambaran serta idea kepada masyarakat Malaysia untuk lebih memahami setiap proses sosial yang berlaku di negara ini.
Pages: 55
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779328
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.