Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779318
Title: | Pembangunan ekonomi di Provinsi Riau, Indonesia |
Authors: | Er Ah Choy Nur Salihah Kassim Asmahani Atan H. M. Rizal Akbar Sivapalan Selvadurai |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Kemiskinan luar bandar Ketidaksamaan ekonomi Pembangunan lestari |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Usaha pembangunan ekonomi oleh kerajaan Provinsi Riau tertumpu kepada pembangunan desa kerana rata-rata penduduk di negeri ini tinggal di kawasan desa dan pekerjaan mereka adalah petani. Kemunduran yang berlaku antaranya disebabkan oleh kesan hubungan kerjasama di antara kerajaan negeri dengan pihak pengusaha pertanian ke atas penduduk setempat. Pihak pengusaha memiliki banyak tanah pertanian di kawasan desa dan mereka menguasai pemanfaatan kekayaan sumber alam seperti sektor perhutanan dan perladangan. Manakala petani kehilangan tanah untuk bertani kerana kekurangan modal untuk membeli tanah. Oleh hal sedemikian, penyertaan penduduk dalam usaha mengatasi kemiskinan adalah terbatas. Kertas kerja ini bertujuan menganalisis dampak pembangunan ekonomi di Provinsi Riau berlandaskan peranan autonomi daerah terutamanya di kawasan desa. Data sekunder diperolehi daripada karya-karya dan laman web yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi di Provinsi Riau, Indonesia. Tambahan pula, maklumat diperolehi melalui diskusi meja bulat serta diskusi panel yang telah berlangsung pada 18-22 Mac 2009 di Pekan Baru dan Dumai. Temubual dengan key informant juga telah diadakan di kedua-dua bandar tersebut. Dapatan kajian menunjukkan matlamat untuk menyelesaikan kemunduran kawasan desa di Provinsi Riau masih dalam konteks usaha menghapuskan kemiskinan, meningkatkan taraf pendidikan, memanfaatkan sumber alam dan meningkatkan penyertaan masyarakat desa dalam proses pembangunan. |
Pages: | 53 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779318 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.