Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779317
Title: Struktur dan pembangunan ekonomi di Wilayah Iskandar Johor
Authors: Er Ah Choy
Abdul Rahim Md Nor
Katiman Rostam
Nur Salihah Kassim
Asmahani Atan
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Pembangunan ekonomi
Kesejahteraan sosial
Migrasi buruh
Perdagangan antarabangsa
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Johor merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang maju di Malaysia. Antara aktiviti ekonomi di negeri ini ialah campuran pertanian, pengeluaran, perdagangan dan pelancongan. Pertumbuhan ekonomi Johor dijangka bertambah pesat ekoran daripada penubuhan Iskandar Johor yang merupakan koridor pembangunan di selatan Johor. Kewujudan wilayah seluas 2,127 kilometer persegi itu mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ. Tambahan pula, wilayah ini merangkumi kawasan-kawasan jaringan perdagangan antarabangsa iaitu Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang di tenggara. Penubuhan Iskandar Johor menghasilkan kesan limpahan ke kawasan di sekitarnya terutama sekali dari segi pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan eksploitasi sumber. Ramai penduduk Johor berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Singapura disebabkan upah yang lumayan. Oleh itu, kemajuan pembangunan Johor dapat menarik minat penduduk untuk bekerja di Johor. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji struktur dan pembangunan ekonomi yang sedia ada dan impaknya terhadap kesejahteraan dan keselamatan sosial penduduk asal setempat. Data sekunder diperolehi daripada laman web Wilayah Iskandar Johor, Pejabat Pengurusan Wilayah Iskandar Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kajian lapangan serta lawatan tapak telah dilakukan pada bulan November 2008 dan Mei 2009.
Pages: 52-53
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779317
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.