Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779067
Title: Amalan tradisional masyarakat peribumi Sabah dan penjagaan biodiversiti : satu dapatan kajian
Authors: Adlina Ab. Halim
Normala Othman
Sri Rahayu Ismail
Jayum Jawan
Nurul Nadia Ibrahim
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Amalan tradisional
Masyarakat peribumi
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Objektif kertas kerja ini ialah mengkaji tahap pengetahuan dan tahap amalan masyarakat peribumi Sabah terhadap pengetahuan tradisional yang berbentuk kepercayaan iaitu Sogit (Denda), Kopio (petanda) dan Ovuk dan Toni (semangat atau roh yang menjaga ikan dan hidupan liar). Pengumpulan data adalah melalui teknik survei iaitu dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual secara mendalam (in depth interview) dan perbincangan fokus berkumpulan (Focus Group Discussion). Persampelan bagi survei menggunakan borang soal selidik adalah sebanyak 845 orang responden manakala seramai 30 orang responden terlibat dalam temu bual. Lokasi kajian melibatkan 12 daerah di sekitar daerah Pedalaman, Pantai Barat Sabah dan Kudat. Hasil kajian mendapati majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap amalan yang dikaji (min=2.0615) namun begitu tahap pengamalan responden terhadap amalan yang dikaji adalah rendah (min=0.9538). Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan ilmu terhadap usaha memelihara pengetahuan tradisional masyarakat peribumi dan juga kepada usaha pemeliharaan biodiversiti negara.
Pages: 36
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779067
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.