Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779062
Title: Penggunaan perisian borak atas talian di kalangan masyarakat kampus Universiti Utara Malaysia: platform, tahap kebolehgunaan antaramuka dan rasional penggunaan
Authors: Abdul Manaf Bohari
Siti Raihan Jamaludin
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Borak dalam talian
IPTA
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Inovasi dan perkembangan teknologi borak dalam talian (online chatting) di peringkat global telah mendapat sambutan ramai dan menjadikan aktiviti borak dalam talian sebagai aktiviti popular termasuklah di kalangan remaja dan belia di Malaysia. Dalam konteks masyarakat kampus, para pelajar juga turut menggunakan kemudahan ini untuk pelbagai tujuan dan kepentingan. Inovasi semasa telah menyebabkan perbangunan teknologi ini kian mesra pengguna di kalangan masyarakat kampus sekaligus merangsang pelajar untuk terus menikmati kemudahan ini melalui pelbagai media atau capaian seperti komputer peribadi, telefon bimbit, Internet bergerak, Siber kafe, dan sebagainya. Untuk itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk menerokai jenis platform borak dalam talian yang digunakan khususnya di kalangan pelajar kampus. Objektif kedua pula adalah bertujuan untuk menguji kebolehgunaan antaramuka perisian borak dalam talian serta rasional penggunaannya di kalangan pelajar kampus. Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian deskriptif dengan memanfaatkan penggunaan borang survey. Selain itu, temubual tidak berstruktur juga digunakan bagi memperolehi maklumat sokongan kepada kajian ini. Kampus UUM merupakan lokasi kajian dan untuk itu, seramai duaratus responden dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa antara platform yang sering digunakan oleh pelajar adalah Yahoo Messenger iaitu mencatatkan skor tertinggi 98 peratus responden menggunakannya. Manakala, ujian kebolehgunaan antaramuka menunjukkan bahawa secara keseluruhanannya tahap kebolehgunaan perisian tersebut mencatatkan skor min 6.76. Dari segi rasional penggunaan pula, responden memberikan jawapan yang berbeza, dengan 86 peratus untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar kampus; 78 peratus berkomunikasi dengan keluarga; 74 peratus mencari rakan baru; dan sebagainya. Akhir sekali, cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan fungsi perisian borak dalam talian sebagai satu medan sosial penting untuk pembangunan masyarakat berpengetahuan khususnya dalam konteks institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Pages: 33
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779062
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.