Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779061
Title: | Kajian rintis terhadap spesifikasi rekabentuk model sistem pangkalan data dalam talian bagi pengurusan rekod kemalangan jalan raya di Malaysia |
Authors: | Abdul Manaf Bohari Fauzan Arief Jalaludinn |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Pengurusan rekod Kemalangan jalan raya |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Secara umumnya, kemalangan jalan raya merupakan satu fenomena yang sentiasa membimbangkan termasuklah di Malaysia. Kemalangan jalan raya berpotensi mewujudkan ketidakselesaan terhadap keselamatan sosial di kalangan pengguna jalan raya lantaran ia mewujudkan kesan negatif kepada individu yang terlibat. Malahan, melalui paparan media didapati bahawa kemalangan jalan raya boleh berlaku dalam pelbagai keadaan dan melibatkan pelbagai faktor sama ada faktor semulajadi, persekitaran, faktor pengguna dan sebagainya. Setiap tahun pula rekod kemalangan jalan raya mencatatkan kes yang tinggi dan membimbangkan. Untuk itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti spefisikasi rekabentuk model sistem pangkalan data dalam talian khususnya untuk tujuan pengurusan rekod kemalangan jalan raya di Malaysia. Sebagai input pembangunan spefisikasi model, maka kajian rintis dimanfaatkan dengan menggunakan temubual berstruktur terhadap dua ketagori responden iaitu pihak pengurusan berkaitan kemalangan jalan raya dan para pengguna jalan raya. Bagi pihak berkaitan pengurusan berkaitan kemalangan jalan raya, pihak-pihak seperti Jabatan Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, PLUS Express, Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan, Persatuan Pengguna, dan sebagainya telah ditemubual. Manakala, sejumlah 100 pengguna jalan raya dipilih sebagai sampel kajian untuk ditemubual. Antara hasil kajian adalah spefisikasi model sistem pangkalan data bagi pengurusan rekod kemalangan jalan raya sekurang-kurangnya mengandungi empat sub modul utama, iaitu modul rekod kemalangan (modul pentadbiran), modul pengguna (orang ramai), modul pengurusan pencegahan, dan modul tindakan. Akhir sekali, cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan fungsi sistem pangkalan data ini sekaligus membantu pihak berkenaan mengurus fenomena ini dengan lebih berkesan di masa hadapan. |
Pages: | 32 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779061 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.