Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779059
Title: Politik pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil Dun Batang Air (N29) Mac 2009
Authors: Junaidi Awang Besar
Abdul Halim Sidek
Mohd Fuad Mat Jali
Yahaya Ibrahim
Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Khaidzir Hj. Ismail
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Politik pembangunan
Pilihan Raya Kecil
PRK
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Politik pembangunan merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesuatu kawasan, terutamanya di kawasan yang masih belum membangun di kawasan pedalaman. Politik pembangunan dapat diterjemahkan melalui projek pembangunan yang memberi faedah yang tersirat kepada rakyat antaranya ialah meningkatkan pendapatan rakyat, menambahkan peluang pekerjaan, menambahkan peluang perniagaan, menaikkan taraf ekonomi rakyat dan juga pelbagai-bagai lagi faedah yang bakal diterima oleh rakyat sekiranya pembangunan berada di kawasan mereka. Dalam konteks negeri Sarawak, negeri tersebut dilingkungi kawasan pedalaman yang sangat luas dan jaringan perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan kawasan atau bahagian. Dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu, BN telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi). Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. Namun, benteng terakhir BN ialah di kawasan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak di mana hampir 95 peratus kerusi DUN dan Parlimen di kedua-dua negeri tersebut dikuasai BN. Dalam kertas kajian ini, pilihan raya kecil DUN Batang Air diadakan kerana kematian penyandangnya iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot kerana penyakit angin ahmar. Pilihan raya kecil ini dikatakan menjadi kayu pengukur pengaruh BN dan PKR yang akan menghadapi pilihan raya DUN yang akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2011. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan 88.6 peratus menyatakan BN akan memenangi pilihan raya tersebut berbanding PKR 3.6 peratus. Setelah pilihan raya kecil diadakan, hasilnya dimenangi BN dengan majoriti yang bertambah lebih sekali ganda iaitu dari 806 undi kepada 1854 undi dan ini membuktikan sentimen politik pembangunan terus kekal di kawasan tersebut kerana pembangunan hanya dapat dijalankan dengan memilih parti yang memerintah sesebuah negeri. Justeru, kertas kajian ini akan menyingkap faktor politik pembangunan dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil tersebut.
Pages: 31
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779059
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.