Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779057
Title: | Satu tinjauan latar belakang dan ketrampilan guru matapelajaran Bahasa Melayu semenanjung Malaysia |
Authors: | Abd Rashid Johar Norazah Omar |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Pengkhususan guru Bahasa Melayu Sastera Melayu |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau latar belakang guru dan tahap ketrampilan guru matapelajaran Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di empat zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon Utara (negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang), zon timur (negeri Kelantan dan Pahang), zon barat (negeri Perak dan Negeri Sembilan) dan Zon Selatan (negeri Johor). Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan kualitatif (temu bual). Seramai 972 orang guru yang dipilih secara rawak telah menjadi responden untuk menjawab soal selidik dan seramai 5 orang guru menjadi responden temu bual berstruktur. Data kuantitatif kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS untuk mendapatkan maklumat statistik deskriptif (kekerapan, peratusan dan min). Data kualitatif dianalisis dengan mengadaptasi cara analisis Boglan dan Biklen (2003). Hasil kajian mendapati terdapat guru-guru yang tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang Bahasa Melayu atau Sastera Melayu diberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat perbezaan yang signifikan antara guru yang mempunyai latar belakang pengkhususan Bahasa Melayu, Sastera Melayu dan lain-lain bidang dengan sikap, keyakinan dan pengetahuan mereka terhadap kurikulum Bahasa Melayu. Implikasi penyelidikan ini menjurus kepada keperluan pertambahan guru-guru Bahasa Melayu dan Sastera Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menambah kemasukan bilangan guru-guru pelatih bidang BM dan Sastera. Pihak pengurusan sekolah pula perlu mengelakkan daripada memberi tanggungjawab mengajar subjek BM kepada guru-guru bukan bidang pengkhususan BM atau Sastera Melayu. |
Pages: | 29-30 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779057 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.