Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779057
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorAbd Rashid Johar-
dc.contributor.authorNorazah Omar-
dc.date.accessioned2025-05-07T07:40:25Z-
dc.date.available2025-05-07T07:40:25Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779057-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk meninjau latar belakang guru dan tahap ketrampilan guru matapelajaran Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di empat zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon Utara (negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang), zon timur (negeri Kelantan dan Pahang), zon barat (negeri Perak dan Negeri Sembilan) dan Zon Selatan (negeri Johor). Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan kualitatif (temu bual). Seramai 972 orang guru yang dipilih secara rawak telah menjadi responden untuk menjawab soal selidik dan seramai 5 orang guru menjadi responden temu bual berstruktur. Data kuantitatif kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS untuk mendapatkan maklumat statistik deskriptif (kekerapan, peratusan dan min). Data kualitatif dianalisis dengan mengadaptasi cara analisis Boglan dan Biklen (2003). Hasil kajian mendapati terdapat guru-guru yang tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang Bahasa Melayu atau Sastera Melayu diberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat perbezaan yang signifikan antara guru yang mempunyai latar belakang pengkhususan Bahasa Melayu, Sastera Melayu dan lain-lain bidang dengan sikap, keyakinan dan pengetahuan mereka terhadap kurikulum Bahasa Melayu. Implikasi penyelidikan ini menjurus kepada keperluan pertambahan guru-guru Bahasa Melayu dan Sastera Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menambah kemasukan bilangan guru-guru pelatih bidang BM dan Sastera. Pihak pengurusan sekolah pula perlu mengelakkan daripada memberi tanggungjawab mengajar subjek BM kepada guru-guru bukan bidang pengkhususan BM atau Sastera Melayu.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectPengkhususan guruen_US
dc.subjectBahasa Melayuen_US
dc.subjectSastera Melayuen_US
dc.titleSatu tinjauan latar belakang dan ketrampilan guru matapelajaran Bahasa Melayu semenanjung Malaysiaen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages29-30en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.