Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779056
Title: | Hubungan antara jadual waktu kerja anjal dengan motivasi pekerja di jabatan XYZ |
Authors: | Abd. Rahman Ahmad Harris Md Noor Mohd Hilmi Hashim |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Waktu Bekerja Berperingkat WBB Motivasi pekerja |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Cabaran sektor pekerjaan masa kini yang semakin kompetitif dan kompleks menyebabkan bebanan kerja terhadap pekerja semakin bertambah. Kesan daripada itu, mengakibatkan tanggungjawab pekerja terhadap kehidupan keluarga di rumah dan kerja di pejabat tidak dapat diseimbangkan. Pekerja akan berasa tertekan dan stress menyebabkan urusan kehidupan harian pekerja terhadap keluarga terutamanya keselamatan, makan dan minum anak-anak semakin diabaikan. Selain itu, moral dan motivasi pekerja semasa melaksanakan tugas di pejabat akan terjejas yang mengakibatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan merosot. Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut kerajaan telah memperkenalkan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di semua Agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Dari itu, satu kajian untuk mengenal pasti sama ada wujudnya hubungan antara Jadual Waktu Kerja Anjal dengan motivasi pekerja dijalankan. Pengkaji memilih Jabatan XYZ sebagai lokasi kajian. Dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dengan nilai Alpha Cronbach ialah 0.862. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian seramai 41 orang dari kalangan staf di Jabatan XYZ. Kajian ini menggunakan analisis statistik iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis ini dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Hasil anlisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang tinggi antara Jadual Waktu Kerja Anjal dengan motivasi pekerja berdasarkan nilai rs- 0.841. Di akhir kajian ini, pengkaji telah mendapati terdapat hubungan antara Jadual Waktu Kerja Anjal dengan motivasi pekerja di Jabatan XYZ. Melalui kajian ini, segala pendapat, cadangan dan komen akan diberikan bagi meningkatkan keberkesanan sistem WBB. |
Pages: | 29 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779056 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.