Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778192
Title: Meneroka isu penyedia perkhidmatan peneman bagi keupayaan mobiliti warga emas
Authors: Nur Hasna Che Had (P110240)
Supervisor: Khadijah Alavi, Prof. Madya Dr.
Noremy Md Akhir, Dr.
Keywords: Social Support Systems
Older people
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2023
Abstract: Pengekalan mobiliti dan aktiviti luar rumah dalam kalangan warga emas menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Majoriti warga emas kurang menjalankan aktiviti di luar rumah akibat daripada halangan personal, kesihatan dan persekitaran. Industri peneman berbayar merupakan satu bentuk perkhidmatan yang boleh menyokong keupayaan warga emas dalam melaksanakan mobiliti dan aktiviti luar rumah. Namun kurang kajian lepas berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan peneman. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka profil penyedia perkhidmatan peneman, cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan peneman dalam menyokong keupayaan mobiliti dalam kalangan warga emas. Memahami kesan perkhidmatan peneman kepada warga emas dalam menyokong keupayaan mobiliti luar rumah juga merupakan objektif kajian. Reka bentuk kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian ini dijalankan di sekitar Lembah Klang. Pengumpulan data pula dijalankan menggunakan kaedah temu bual mendalam separa berstruktur dan disokong oleh data sekunder. Sejumlah tujuh (7) informan telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dan bola salju. Informan terdiri daripada pengasas dan operator syarikat perkhidmatan peneman. Analisis data kajian telah dijalankan secara analisis tematik. Hasil kajian ini mendapati profil peneman terdiri daripada belia yang berusia di antara 23 hingga 39 tahun serta mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman dalam bidang. Hasil kajian menunjukkan bahawa penyedia perkhidmatan peneman mengalami cabaran dari segi kewangan, teknologi, isu pekerja, stigma masyarakat, kekangan pendemik, dasar dan polisi tidak mapan, isu komunikasi, sifat warga emas yang kompleks dan risiko keselamatan. Sokongan yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan pula ialah suntikan modal, meningkatkan kemahiran pekerja, meluaskan jaringan perniagaan, pengukuhan dasar dan polisi kerajaan serta kesedaran masyarakat mengenai isu populasi menua. Kajian ini juga mendapati bahawa warga emas memperoleh pelbagai manfaat daripada perkhidmatan peneman dalam sokongan mobiliti dan aktiviti luar rumah. Kajian ini merumuskan bahawa profil, cabaran dan keperluan penyedia perkhidmatan saling berkait dan warga emas mendapat manfaat dalam memperkasakan mobiliti melalui sokongan perkhidmatan peneman ini. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuhan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) bagi mewujudkan populasi warga emas yang aktif dan persekitaran yang kondusif dengan memperkukuhkan industri sokongan seperti penyedia perkhidmatan peneman untuk persediaan negara tua 2030.
Pages: 178
Call Number: HM741.N837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778192
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Meneroka isu penyedia perkhidmatan peneman bagi menyokong keupayaan mobiliti warga emas.pdf
  Restricted Access
Full-text1.76 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.