Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778192
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Alavi, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNoremy Md Akhir, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Hasna Che Had (P110240)en_US
dc.date.accessioned2025-03-04T01:45:32Z-
dc.date.available2025-03-04T01:45:32Z-
dc.date.issued2023-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778192-
dc.description.abstractPengekalan mobiliti dan aktiviti luar rumah dalam kalangan warga emas menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Majoriti warga emas kurang menjalankan aktiviti di luar rumah akibat daripada halangan personal, kesihatan dan persekitaran. Industri peneman berbayar merupakan satu bentuk perkhidmatan yang boleh menyokong keupayaan warga emas dalam melaksanakan mobiliti dan aktiviti luar rumah. Namun kurang kajian lepas berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan peneman. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka profil penyedia perkhidmatan peneman, cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan peneman dalam menyokong keupayaan mobiliti dalam kalangan warga emas. Memahami kesan perkhidmatan peneman kepada warga emas dalam menyokong keupayaan mobiliti luar rumah juga merupakan objektif kajian. Reka bentuk kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian ini dijalankan di sekitar Lembah Klang. Pengumpulan data pula dijalankan menggunakan kaedah temu bual mendalam separa berstruktur dan disokong oleh data sekunder. Sejumlah tujuh (7) informan telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dan bola salju. Informan terdiri daripada pengasas dan operator syarikat perkhidmatan peneman. Analisis data kajian telah dijalankan secara analisis tematik. Hasil kajian ini mendapati profil peneman terdiri daripada belia yang berusia di antara 23 hingga 39 tahun serta mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman dalam bidang. Hasil kajian menunjukkan bahawa penyedia perkhidmatan peneman mengalami cabaran dari segi kewangan, teknologi, isu pekerja, stigma masyarakat, kekangan pendemik, dasar dan polisi tidak mapan, isu komunikasi, sifat warga emas yang kompleks dan risiko keselamatan. Sokongan yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan pula ialah suntikan modal, meningkatkan kemahiran pekerja, meluaskan jaringan perniagaan, pengukuhan dasar dan polisi kerajaan serta kesedaran masyarakat mengenai isu populasi menua. Kajian ini juga mendapati bahawa warga emas memperoleh pelbagai manfaat daripada perkhidmatan peneman dalam sokongan mobiliti dan aktiviti luar rumah. Kajian ini merumuskan bahawa profil, cabaran dan keperluan penyedia perkhidmatan saling berkait dan warga emas mendapat manfaat dalam memperkasakan mobiliti melalui sokongan perkhidmatan peneman ini. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuhan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) bagi mewujudkan populasi warga emas yang aktif dan persekitaran yang kondusif dengan memperkukuhkan industri sokongan seperti penyedia perkhidmatan peneman untuk persediaan negara tua 2030.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSocial Support Systemsen_US
dc.subjectOlder peopleen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMeneroka isu penyedia perkhidmatan peneman bagi keupayaan mobiliti warga emasen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages178en_US
dc.identifier.callnoHM741.N837 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007481en_US
dc.format.degreeSarjana Falsafahen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Meneroka isu penyedia perkhidmatan peneman bagi menyokong keupayaan mobiliti warga emas.pdf
  Restricted Access
Full-text1.76 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.