Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778190
Title: | Memahami cabaran penjawat awam dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia |
Authors: | Irina Riyanti Muhammad Nur (P110241) |
Supervisor: | Khadijah Alavi, Dr. Nazirah Hassan, Dr. |
Keywords: | Public administration Social policy Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Dec-2023 |
Abstract: | Sokongan sara hidup daripada anak dewasa merupakan faktor utama dalam kelangsungan kehidupan warga emas. Kajian lepas mendapati bahawa anak dewasa kurang menyediakan sokongan sara hidup kepada warga emas. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka bentuk dan cabaran dalam penyediaan sokongan sara hidup. Kajian ini juga mencadangkan pendekatan yang bersesuaian untuk penjawat awam mengatasi cabaran dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian adalah di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan informan seramai sembilan orang penjawat awam gred 11 sehingga 52 yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan nota lapangan. Analisis data menggunakan kaedah tematik dengan menggunakan aplikasi NVIVO 12. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti informan memberikan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia dalam bentuk sara hidup ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Sokongan sara hidup ketara mempunyai dua sub tema iaitu kewangan dan material. Sokongan sara hidup tidak ketara mempunyai tiga sub tema iaitu masa, perhatian dan tenaga. Hasil kajian cabaran penjawat awam pula melibatkan tema ekonomi (kos pendidikan anak, kos sara hidup dan perancangan kewangan keluarga) dan tema sosial (masalah kesihatan, jangkaan harapan ibu bapa dan keluarga serta kekangan pasangan). Pendekatan intervensi yang dicadangkan oleh informan ialah penganjuran program kesedaran dan pendidikan kewangan melalui ceramah, seminar, modul atau kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala pendekatan spiritualiti pula ialah penerapan nilai akidah dan ibadah yang kukuh dalam diri, pendidikan agama yang sempurna dan menjalani kaunseling. Kajian ini merumuskan bahawa peningkatan pengetahuan mengenai kepentingan penjawat awam untuk merancang sara hidup dan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk diperuntukkan bagi penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia. Dari aspek kerja sosial mendapati bahawa peranan pekerja sosial adalah sebagai penghubung kepada klien (penjawat awam dan swasta) dengan sumber maklumat yang komprehensif bagi meningkatkan kefungsian sosial komuniti. Implikasi kajian ini mencadangkan agar majikan, kerajaan dan swasta boleh menggubal peraturan pemotongan gaji bulanan untuk menyediakan sokongan dan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia. |
Pages: | 150 |
Call Number: | JF1351.I735 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778190 |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Memahami cabaran penjawat awam dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia.pdf Restricted Access | Full-text | 1.76 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.