Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778190
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Alavi, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNazirah Hassan, Dr.en_US
dc.contributor.authorIrina Riyanti Muhammad Nur (P110241)en_US
dc.date.accessioned2025-03-04T01:42:58Z-
dc.date.available2025-03-04T01:42:58Z-
dc.date.issued2023-12-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778190-
dc.description.abstractSokongan sara hidup daripada anak dewasa merupakan faktor utama dalam kelangsungan kehidupan warga emas. Kajian lepas mendapati bahawa anak dewasa kurang menyediakan sokongan sara hidup kepada warga emas. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka bentuk dan cabaran dalam penyediaan sokongan sara hidup. Kajian ini juga mencadangkan pendekatan yang bersesuaian untuk penjawat awam mengatasi cabaran dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian adalah di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan informan seramai sembilan orang penjawat awam gred 11 sehingga 52 yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan nota lapangan. Analisis data menggunakan kaedah tematik dengan menggunakan aplikasi NVIVO 12. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti informan memberikan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia dalam bentuk sara hidup ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Sokongan sara hidup ketara mempunyai dua sub tema iaitu kewangan dan material. Sokongan sara hidup tidak ketara mempunyai tiga sub tema iaitu masa, perhatian dan tenaga. Hasil kajian cabaran penjawat awam pula melibatkan tema ekonomi (kos pendidikan anak, kos sara hidup dan perancangan kewangan keluarga) dan tema sosial (masalah kesihatan, jangkaan harapan ibu bapa dan keluarga serta kekangan pasangan). Pendekatan intervensi yang dicadangkan oleh informan ialah penganjuran program kesedaran dan pendidikan kewangan melalui ceramah, seminar, modul atau kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala pendekatan spiritualiti pula ialah penerapan nilai akidah dan ibadah yang kukuh dalam diri, pendidikan agama yang sempurna dan menjalani kaunseling. Kajian ini merumuskan bahawa peningkatan pengetahuan mengenai kepentingan penjawat awam untuk merancang sara hidup dan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk diperuntukkan bagi penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia. Dari aspek kerja sosial mendapati bahawa peranan pekerja sosial adalah sebagai penghubung kepada klien (penjawat awam dan swasta) dengan sumber maklumat yang komprehensif bagi meningkatkan kefungsian sosial komuniti. Implikasi kajian ini mencadangkan agar majikan, kerajaan dan swasta boleh menggubal peraturan pemotongan gaji bulanan untuk menyediakan sokongan dan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPublic administrationen_US
dc.subjectSocial policyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMemahami cabaran penjawat awam dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages150en_US
dc.identifier.callnoJF1351.I735 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007479en_US
dc.format.degreeSarjana Sains Sosiaen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Memahami cabaran penjawat awam dalam penyediaan sokongan sara hidup kepada ibu bapa lanjut usia.pdf
  Restricted Access
Full-text1.76 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.