Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777836
Title: Meninjau perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) pendidikan moral guru prasekolah
Authors: Nurhana Sabri (P113327)
Supervisor: Suziyani Mohamed, Dr.
Keywords: Moral education
Preschool teachers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Dec-2023
Abstract: Pengajaran Pendidikan Moral diajarkan kepada murid bukan Islam dalam kelas prasekolah. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dipengaruhi oleh amalan perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran guru. Guru paling berperanan dalam mencapai keberkesanan PdP. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka amalan perancangan dan pelaksanaan pengajaran guru dalam PdP Pendidikan Moral. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan melibatkan empat peserta kajian dalam negeri Melaka. Dua orang peserta kajian adalah guru prasekolah berbangsa India dan selainnya adalah berbangsa Cina. Keempat-empat peserta kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Dapatan kajian dikumpul menggunakan tiga kaedah iaitu temu bual semi struktur, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian NVIVO 12 dan menemui dua tema utama iaitu tema amalan perancangan dan tema amalan pelaksanaan. Hasil dapatan kajian bagi tema pertama telah mengenal pasti guru prasekolah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang PdP Pendidikan Moral berlandaskan sumber rujukan dokumen yang tepat, meneliti kaedah dan sumber pengajaran pengajaran bersesuaian dan mengambil kira faktor penguasaan murid. Seterusnya, dapatan kajian kedua dalam tema amalan pelaksanaan telah mengenal pasti guru prasekolah melaksanakan pengajaran berdasarkan amalan budaya belajar, menggalakkan pelbagai interaksi, menguruskan fizikal kelas dan tingkah laku dengan baik serta memaksimumkan penggunaan sumber pengajaran. Selain itu, pelbagai halangan telah diharungi guru seperti masih timbul keraguan dalam pemilihan kaedah pengajaran guru disebabkan kurangnya latihan berkaitan Pendidikan Moral, kekurangan bahan bantu mengajar dan wujudnya jurang bahasa pengantar telah menyukarkan perancangan dan pelaksanaan pengajaran. Justeru itu, dapatan kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada guru prasekolah, pihak kementerian serta pihak lain dalam meningkatkan amalan guru yang efektif. Keberkesanan pengajaran guru dapat meningkatkan kefahaman murid khususnya dalam pembelajaran topik Pendidikan Moral.
Pages: 243
Call Number: LC268.N837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777836
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Meninjau perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) pendidikan moral guru prasekolah.pdf
  Restricted Access
Partial669.41 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.