Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777836
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuziyani Mohamed, Dr.en_US
dc.contributor.authorNurhana Sabri (P113327)en_US
dc.date.accessioned2025-02-03T06:51:25Z-
dc.date.available2025-02-03T06:51:25Z-
dc.date.issued2023-12-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777836-
dc.description.abstractPengajaran Pendidikan Moral diajarkan kepada murid bukan Islam dalam kelas prasekolah. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dipengaruhi oleh amalan perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran guru. Guru paling berperanan dalam mencapai keberkesanan PdP. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka amalan perancangan dan pelaksanaan pengajaran guru dalam PdP Pendidikan Moral. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan melibatkan empat peserta kajian dalam negeri Melaka. Dua orang peserta kajian adalah guru prasekolah berbangsa India dan selainnya adalah berbangsa Cina. Keempat-empat peserta kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Dapatan kajian dikumpul menggunakan tiga kaedah iaitu temu bual semi struktur, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian NVIVO 12 dan menemui dua tema utama iaitu tema amalan perancangan dan tema amalan pelaksanaan. Hasil dapatan kajian bagi tema pertama telah mengenal pasti guru prasekolah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang PdP Pendidikan Moral berlandaskan sumber rujukan dokumen yang tepat, meneliti kaedah dan sumber pengajaran pengajaran bersesuaian dan mengambil kira faktor penguasaan murid. Seterusnya, dapatan kajian kedua dalam tema amalan pelaksanaan telah mengenal pasti guru prasekolah melaksanakan pengajaran berdasarkan amalan budaya belajar, menggalakkan pelbagai interaksi, menguruskan fizikal kelas dan tingkah laku dengan baik serta memaksimumkan penggunaan sumber pengajaran. Selain itu, pelbagai halangan telah diharungi guru seperti masih timbul keraguan dalam pemilihan kaedah pengajaran guru disebabkan kurangnya latihan berkaitan Pendidikan Moral, kekurangan bahan bantu mengajar dan wujudnya jurang bahasa pengantar telah menyukarkan perancangan dan pelaksanaan pengajaran. Justeru itu, dapatan kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada guru prasekolah, pihak kementerian serta pihak lain dalam meningkatkan amalan guru yang efektif. Keberkesanan pengajaran guru dapat meningkatkan kefahaman murid khususnya dalam pembelajaran topik Pendidikan Moral.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMoral educationen_US
dc.subjectPreschool teachersen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMeninjau perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) pendidikan moral guru prasekolahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages243en_US
dc.identifier.callnoLC268.N837 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007341en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Meninjau perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) pendidikan moral guru prasekolah.pdf
  Restricted Access
Partial669.41 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.