Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777651
Title: Melaka sebagai pusat kecemerlangan: latihan dan kemahiran
Authors: Ahamad Sipon
Conference Name: Konvensyen Melaka Sebagai Pusat Kecemerlangan
Keywords: Sektor pendidikan -- Melaka
Pendidikan teknikal dan vokasional
Latihan
Conference Date: 2002-10-07
Conference Location: Riviera Bay Resort, Melaka
Abstract: Pendidikan teknikal, pendidikan vokasional dan latihan telah menjadi isu yang mendapat perhatian umum sejak negara kita mula mengorak langkah secara serius untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Berbagai perancangan sama ada berbentuk jangka panjang atau pun jangka pendek telah direncanakan dengan pendekatan secara makro atau pun mikro. Hasilnya telah pun dinikmati oleh semua lapisan rakyat Malaysia dengan adanya program pembangunan yang berterusan bermula dengan Malaysia mendapat kemerdekaan empat puluh lima tahun (45) dahulu. Antara negeri yang telah melonjak maju dalam bidang pembangunan di Semenanjung Malaysia adalah negeri Melaka. Walaupun Melaka merupakan antara negeri yang terkecil, kemajuan yang berlaku di Melaka bolehlah dibanggakan di bawah kepimpinan beberapa orang Ketua Menteri yang berwibawa dan dinamik. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kemajuan yang berlaku di Melaka memang memberangsangkan. Tema konvensyen "Melaka Sebagai Pusat Kecemerlangan : Pendidikan ; Penyelidikan & Pembangunan ; Latihan & Kemahiran ; Dokumentasi & Penerbitan ; Dan Konsultansi " adalah sesuai dan tepat pada masanya. Aspirasi negeri Melaka sebagai Pusat Kecemerlangan adalah disanjung dan kita bersama berdoa semoga ianya akan berjaya.
Pages: 1-7
Call Number: DS598.M44K66 2002 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777651
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.