Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777482
Title: Pantai Timur Semenanjung: tempat awal perkembangan budaya Melayu dan Islam
Authors: Abdul Rahim Abu Bakar
Conference Name: Dialog Pantai 1 : Lautan Timur Asas Penyatuan Budaya Melay
Keywords: Batu bersurat
Budaya membaca
Budaya Melayu
Conference Date: 1994-06-02
Conference Location: Kota Bharu, Kelantan
Abstract: Memperkatakan tempat awal perkembangan Budaya Melayu di Semenanjung Malaysia adalah perkara yang amat sukar kerana penulisan seperti ini memerlukan satu kajian teliti tentang sejarah zaman silam Semenanjung Malaysia. Apa lagi apabila kita meletakkan garis sempadan kajian itu kepada Pantai Timur dan Pantai Barat. Ahli arkeologi, dan pihak muzium telah dan sedang berusaha membongkar dan menggali rahsia Semenanjung. Namun, penemuan-penemuan itu tidak memberikan suatu gambaran sejarah yang lengkap. Ahli arkeologi telah menemui rangka manusia di Gua Cha, dan mendapati bahawa temuan itu telah berumur lebih daripada 10,000 tahun. Suatu andaian telah dibuat bahawa, kawasan itu pernah didiami oleh manusia. Tetapi, kajian itu tidak dapat memberikan jawapan tentang bangsa, bahasa, agama bahkan kerajaan yang dimiliki oleh jumpaan itu. Teori perkembangan dan penghijrahan manusia dari sebelah utara Asia yang berlaku ribuan tahun yang lalu memang memberikan kita sedikit sebanyak tentang asal usul kewujudan penduduk di kawasan Semenanjung. Tetapi tidak memberikan gambaran tentang wujudnya satu tamadun di sebelah sini.
Pages: 1-16
Call Number: DS601.D524 1994 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777482
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.