Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776749
Title: Politik kebudayaan kebangsaan di Malaysia: satu perbincangan awal
Authors: Firdaus Abdullah
Conference Name: Pertemuan Dunia Melayu
Keywords: Kebudayaan kebangsaan
Politik
Malaysia
Conference Date: 1982-12-18
Conference Location: Melaka
Abstract: Walau "kebudayaan" merupakan salah satu daripada dua istilah atau konsep yang paling pokok dalam kertaskerja ini, namun takrif atau huraian pengertian istilah itu tidak akan diberikan secara eksplisit; sebalik- nya, huraian hanyalah akan dibuat secara implisit dan sambilan sahaja. Ini adalah kerana huraian mengenai konsep kebudayaan itu sudah sering diulang-ulang di tempat lain sedangkan kesepakatan mengenai satu rumusan yang muktamad nampaknya masih terselindung dalam kabus kata-kata. Di samping itu, penekanan atau tumpuan utama kertaskerja ini ialah terhadap unsur atau dimensi "politik" tentang kebudayaan itu. Kerana itu, yang lebih wajar diberi takrif yang eksplisit ialah istilah "politik" itu. Selain daripada untuk mempersegar ingatan, takrif yang eksplisit mengenai istilah politik itu juga diharap akan memberi kerangka panduan untuk kertas kerja ini. Daripada berbagai-bagai tanggapan dan pemahaman terhadap istilah "politik" itu, maka yang dirasakan paling sesuai untuk saat ini ialah yang dirumuskan sebagai "sebarang kegiatan yang ada hubungannya dengan pengambilan keputusan mengenai pembahagian sumber-sumber dan ganjaran serta keputusan mengenai cara-cara mengatur hidup bermasyarakat." Apabila satu-satu kegiatan politik itu mencapai intensity atau "kehebatan" yang tinggi maka panggilannya ditambah dengan istilah "perjuangan". Demikianlah timbulnya ungkapan-ungkapan seperti "perjuangan (politik) kemerdekaan", "perjuangan (politik) kebudayaan kebangsaan" dan lain-lain seumpamanya.
Pages: 1-18
Call Number: DS594.P4767 1982 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.