Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776742
Title: Kesedaran Melayu dalam kesusasteraan Filipina
Authors: Insagani R. Cruz
Conference Name: Pertemuan Dunia Melayu
Keywords: Kesusasteraan Filipina
Melayu
Conference Date: 1982-12-18
Conference Location: Melaka
Abstract: Adakah kesedaran Melayu di kalangan penulis-penulis Filipina? Seperti soalan-soalan lain yang patut ditanyakan, soalan ini tidak boleh dijawab semudah tidak ada atau ada sahaja. Kita tidak boleh menjawab, tidak, penulis-penulis Filipina tidak mempunyai kesedaran sebagai orang Melayu. Lagipun, setiap kanak-kanak sekolah Filipina belajar dari buku-buku seperti yang ditulis oleh Teodoro Agoncillo, A Short History of The Phillippines (1969) bahawa dari sepuluh kumpulan pendatang yang menduduki Filipina sejak 24,000 Sebelum Masihi hinggalah ke abad ke-15, tiga kumpulan terbesar terdiri dari orang Melayu. Menurut Agoncillo, orang Melayu belayar ke kepulauan Filipina buat pertama kalinya antara tahun 300 dan 200 Sebelum Masihi (dengan membawa bersama mereka ilmu pengetahuan dari India melalui Sulawesi dan Borneo), kemudian dari permulaan zaman Kristian hingga ke abad ke-13 (membawa bersama mereka silabik), dan akhirnya dalam abad ke-14 dan 15 (memperkenalkan agama Islam ke Mindanao dan Sulu). Sejarah penjajahan ke atas Filipina (dari semasa ke semasa oleh Sepanyol, China, British, Amerika dan pelanggaran Jepun) telah memalapkan zaman Melayu, tetapi Filipina tetap kekal, seperti yang ditegaskan oleh Agoncillo, "sebagai suatu bangsa Asia: Filipino sekarang merupakan campuran beberapa ras, Timur dan Barat, walaupun ia berasal dari rumpun Melayu. Hubungan yang berabad-abad lamanya dengan negara-negara Asia dan hampir-hampir empat ratus tahun di-kuasai oleh kuasa-kuasa Barat menjadikan Filipina sebuah negara Asia dalam peradaban Barat. Zahirnya dia adalah orang Asia yang paling kebaratan, tetapi jauh di lipatan hatinya dia masih lagi seorang bangsa Asia." Kita tidak dapat mengatakan, ya, bahawa penulis-penulis Filipino sedar yang mereka orang Melayu. Lebih-lebih lagi, kita boleh membaca beratus-ratus puisi, drama, cerpen, esei, dan novel yang ditulis oleh bangsa Filipino dan tidak terdapat sepatah pun perkataan Melayu di dalam karya-karya tersebut. Kalau adapun perkataan Melayu sebagai satu perkataan dalam bahasa Tagalog (bahasa yang menjadi asas kepada bahasa kebangsaan Filiphino), ia bermakna kesedaran (itulah sebabnya mengapa istilah "Malay Consciousness" jika perkataan pertama itu dianggap sebagai perkataan Tagalog, ia menjadi ulangan).
Pages: 1-6
Call Number: DS594.P4767 1982 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.