Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776633
Title: | Pengaruh Bahasa Arab terhadap kemasukan pelajar Asia Barat di IPT di Malaysia: kes UKM |
Authors: | Hakim Zainal Salmah Ahmad |
Conference Name: | Seminar Kebangsaan 'Malaysia-West Asia Relation : Prospect & Challenges' |
Keywords: | Bahasa Arab Pelajar Asia Barat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Bangunan Canselori, UKM Bangi, Selangor |
Abstract: | Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan peningkatan bilangan pelajar luar dari pelbagai negara sama ada yang menyambung pengajian di peringkat pra-siswazah, mahupun di peringkat pasca-siswazah dalam pelbagai pengkhususan sama ada dalam universiti swasta, mahupun universiti awam. Antara pelajar ini ada yang datang dari Asia Barat. Kertas ini akan memfokuskan peranan penguasaan bahasa Arab dalam menarik minat para pelajar Asia Barat untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), khususnya dalam bidang yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Arab. Kajian cuba melihat aspek kesediaan, kekuatan dan kelemahan penguasaan bahasa Arab yang terdapat di kalangan tenaga pengajar di UKM. Kajian ini menggunakan metode kajian bahan di perpustakaan dan di bahagian yang berkaitan dengan tajuk perbincangan. Jangkaan awal kajian ini ialah adanya keperluan kepada pemerkasaan bahasa Arab di kalangan para pensyarah yang terlibat dengan pengajaran dan penyeliaan pelajar dari Asia Barat demi mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar itu sendiri dan keyakinan pelajar Asia Barat untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka di UKM. |
Pages: | 1-6 |
Call Number: | DS596.4.M628S439 2008 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.