Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776487
Title: | Budaya peradaban dan sejarah hubungan Malaysia-Mesir dalam membangunkan kurikulum diniah di sekolah agama rakyat: kajian perkembangan dan cabaran di Kelantan |
Authors: | Azizi Umar Supyan Hussin |
Conference Name: | Seminar Kebangsaan 'Malaysia-West Asia Relation : Prospect & Challenges' |
Keywords: | Madrasah Sekolah agama rakyat Kurikulum diniah Falsafah pendidikan Islam |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Bangunan Canselori, Selangor UKM Bangi |
Abstract: | Kertas kerja ini membincangkan tentang hubungan negeri Kelantan, Malaysia dengan negara Mesir dalam pembinaan kerangka kurikulum pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) sejak sebelum merdeka lagi. Bermula daripada penubuhan madrasah yang menjadikan nizami dalam sistem persekolahannya sehinggalah kepada sebuah sekolah yang berdaftar di bawah Enakmen dan Akta kerajaan bagi mengukuhkan hubungan ini. Hubungan yang telah dimulakan oleh lembaga sekolah agama di Kelantan dan Universiti Al-Azhar telah menyedarkan pihak berkuasa samada kerajaan negeri ataupun persekutuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua belah pihak. Dapatan awal menunjukkan bahawa hubungan yang sudah lama terjalin itu telah memberikan impak yang besar kepada pembangunan SAR dan pendidikan Islam keseluruhannya. Bagaimanapun kurikulum matapelajaran di SAR masih dilihat tercicir dari arus pendidikan perdana dan tidak mempunyai nilai ekonomi sepertimana kurikulum kebangsaan yang lain. Keciciran tersebut disebabkan oleh tiadanya hubungan yang erat antara pihak lembaga sekolah dengan pihak kerajaan. Pengurusan dan penyelarasan SAR secara bersama antara jentera lembaga sekolah dengan jentera kerajaan persekutuan sebelum ini tidak menemui jalan penyelesaian yang baik dalam mengukuhkan hubungan ini. Masalah hubungan ini juga wujud antara kerajaan negeri dengan persekutuan dalam kontek pengurusan penyelarasan yang sehingga ke hari ini masih belum selesai. Anggota lembaga sekolah berdepan dengan dilema mengenai kaedah pengurusan yang baik di samping sumber kewangan yang sangat terhad. Manakala pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri yang terlibat dalam pembangunan sekolah agama pula berdepan krisis hubungan keyakinan dengan pihak lembaga sekolah selain daripada pudarnya kesedaran terhadap falsafah pendidikan Islam dan idealisme pemikiran Islam dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan sekolah agama. |
Pages: | 1-15 |
Call Number: | DS596.4.M628S439 2008 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.