Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776485
Title: Budaya, peradaban dan sejarah haji sebagai penghubung masyarakat Melayu-Arab: sejarah pelaksanaannya di awal abad ke-20
Authors: Farid Mat Zain
Conference Name: Seminar Kebangsaan 'Malaysia-West Asia Relation : Prospect & Challenges'
Keywords: Haji
Hubungan Melayu-Arab
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Bangunan Canselori, Selangor UKM Bangi
Abstract: Kesedaran menunaikan rukun Islam kelima iaitu haji menjadi perhatian penting oleh masyarakat Melayu dewasa ini. Ia dilihat sebagai indicator positif kepada kesedaran dan penghayatan Islam dalam masyarakat Malaysia. Makalah ini meninjau lebih daripada itu dimana haji menjadi penghubung antara dunia Melayu dan Arab. Penelitian ditumpukan kepada aspek sejarah pelaksanaan haji di kalangan orang Melayu sebelum menjelang kemerdekaan. Periode ini dipilih berdasarkan kepada tempoh tersebut merupakan permulaan pelaksanaan haji di kalangan orang Melayu lantaran wujud beberapa kemudahan dan kesedaran agama. Penelitian akan menumpukan kepada bentuk persediaan, pergerakan dan pelaksanaannya hingga sempurna rukun Islam kelima itu. Lebih daripada itu tinjauan juga akan melihat sejauh mana haji menjadi wadah penghubung antara orang Melayu-Arab dalam interaksi dan komunikasi antara kedua-dua pihak. Hal ini dirasakan penting memandangkan jalinan dan hubungan tersebut membawa impak yang positif terhadap perkembangan Islam di Malaysia melalui jaringan pendidikan dan dakwah. Penelitian ini mendapati orang Melayu tidak hanya pergi ke Makkah untuk menunaikan haji, malah lebih daripada itu mereka mengambil kesempatan untuk mendalami ilmu pengetahuan, mengambil peluang ekonomi di samping mengambil kesempatan menimba pengalaman politik. Kajian ini didasarkan kepada buku dan bahan bercetak yang dihasilkan.
Pages: 1-7
Call Number: DS596.4.M628S439 2008 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.