Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776484
Title: Perkembangan pelaburan Malaysia di sektor minyak di Asia Barat: cabaran budaya dan bahasa tempatan
Authors: Anzaruddin Ahmad
Conference Name: Seminar Kebangsaan 'Malaysia-West Asia Relation : Prospect & Challenges'
Keywords: Pelaburan Asia Barat
Industri minyak dan gas
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Bangunan Canselori, Selangor UKM Bangi
Abstract: Kajian laporan pelaburan dunia 2008 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) sepanjang tahun 2007 mendapati, buat pertama kalinya, aliran keluar pelaburan dari Malaysia melebihi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini sebanyak RM 8.99 bilion. Pada tahun 2007, aliran keluar FDI dari Malaysia berjumlah RM 38 bilion, meningkat sebanyak 81.9 peratus berbanding hanya RM 20.89 bilion pada tahun 2006. Antara faktor utama yang menyebabkan peningkatan ketara aliran keluar pelaburan dari Malaysia ialah usaha-usaha pengambil-alihan rentas sempadan oleh pelbagai Syarikat Multinasional Tempatan (SMT) dalam sektor kewangan, telekomunikasi, perkhidmatan dan perlombongan. Bagi sektor perlombongan, operasi carigali minyak merupakan aktiviti yang paling utama di mana ia diterajui oleh Syarikat Petroleum Negara, Petronas. Sehingga kini Petronas telah melabur lebih daripada USD 8 bilion dalam pasaran antarabangsa. Dari tahun 1995 hingga 2007, dianggarkan bahawa jumlah pelaburan Petronas di Sudan sahaja telah mencecah USD 5.2 bilion. Selain Sudan, Petronas juga memiliki pelaburan dan kepentingan bersama di banyak negara anggota 'Organization of Islamic Conference' (OIC) yang sebahagian besarnya juga menjadi anggota Liga Arab seperti Algeria, Mesir, Ethiopia, Mauritania, Maghribi, Niger dan Yaman. Bagaimanapun, cabaran utamanya sekarang ialah untuk membantu Petronas menyiap-sediakan modal insan yang berkemahiran bukan sahaja dalam bidang-bidang teknikal berkaitan minyak, malah yang mahir dalam bahasa dan budaya masyarakat Arab tempatan bagi dihantar berkhidmat di negara-negara tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan bahasa Arab di sini merujuk kepada Bahasa Arab Untuk Tujuan Pekerjaan (BAUTP) serta beberapa dialek bahasa Arab tempatan yang popular, manakala maksud budaya Arab di sini pula ialah budaya kerja dan budaya niaga masyarakat Arab tempatan. Justeru itu dalam kertas ini penulis akan membincangkan hal ini secara lebih terperinci di samping mengemukakan beberapa cadangan bagi membentuk modal insan yang mampu menghadapi cabaran dan persaingan di pasaran kerja Asia Barat.
Pages: 1-12
Call Number: DS596.4.M628S439 2008 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.