Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776039
Title: Sepintas kilas, dibuang sayang, beberapa artifak di Tok Uban dan Apam jajahan Pasir Mas dan di Kota Bharu, Kelantan
Authors: Abdul Rahman Al-Ahmadi
Conference Name: Kelantan Zaman Awal : Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia
Keywords: Artifak
Arkeologi
Conference Date: 1987
Conference Location: Kota Bharu, Kelantan
Abstract: Menyongsong Seminar Arkeologi Kebangsaan di Kelantan, saya diminta untuk mengemukakan kertas sokongan saya pada seminar ini mengenai beberapa artifak sejarah yang dijumpai di Tok Uban dan Apam serta yang didapati di Kota Bharu yang amat penting bagi pengkajian sejarah lebih-lebih lagi pengkajian arkeologi di peringkat negeri mahupun kebangsaan. WebDipilihnya Tok Uban dan Apam untuk kajian arkeologi ini kerana di tempat-tempat inilah telah dijumpai beberapa artifak penting. Nama Tok Uban sangat menimbulkan rangsangan bagi saya untuk mengkaji sejarah. Kawasan ini dinamakan Tok Uban oleh penduduk tempatan kerana dihubungkan dengan nama seorang peneroka pertama datang membuka kawasan ini. Peneroka itu berambut putih mulai dari rambut di kepala sampai ke seluruh badannya. Kerana itulah peneroka itu dinamakan Tok Uban. Tetapi bagi saya, timbul pertanyaan apakah tidak mungkin nama Tok Uban itu dicari persamaan dengan nama-nama di tempat lain di seluruh kepulauan Melayu mulai dari Semenanjung Indochina sampai ke kepulauan Indonesia dan Filipina. Nama Tok Uban terdapat di mana-mana. Di Selatan Siam ia dinamakan Teluban, di Jawa disebut Tuban, iaitu satu pelabuhan penting di zaman Majapahit.
Pages: 191-202
Call Number: DS593.K45 semkat
Publisher: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.