Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775863
Title: Kesan suplementasi gynura procumbens pada infarksi miokardium aruhan isoprenalin dalam tikus
Authors: Syarifah Aisyah Syed Abd Halim (P88438)
Supervisor: Norzana Abd Ghafar, Prof. Dr.
Zakiah Jubri, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Myocardial Infarction
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 25-Apr-2019
Abstract: Infarksi miokardium (MI) merupakan masalah kesihatan sejagat disebabkan ia mempunyai kadar mortaliti dan morbiditi yang tinggi. Ia didefinasikan sebagai nekrosis pada sel otot jantung yang berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen dalam tempoh yang lama. Kejadian MI juga sangat berkait rapat dengan penghasilan tekanan oksidatif yang berlaku akibat ketidakseimbangan yang wujud antara penghasilan radikal bebas dan sistem pertahanan antioksidan tubuh. Rawatan konvensional MI memerlukan kombinasi ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan pada penggunaannya, kesan sampingan serta kontraindikasi. Oleh itu, pencarian terapi alternatif atau adjung adalah penting untuk menangani masalah ini. Gynura procumbens (GP) diketahui mempunyai sifat perubatan seperti antihipertensi, antihiperglisemia, antioksidan dan antimikrob. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan kardioprotektif ekstrak etanol GP pada isoprenalin aruhan MI. Sebanyak 36 tikus baka Sprague Dawley digunakan dan dibahagikan kepada enam kumpulan (n=6); kumpulan kawalan (K), kumpulan kawalan yang menerima suplemen GP 250 mg/kg (GP 250), kumpulan kawalan yang menerima suplemen GP 500 mg/kg (GP 500), kumpulan MI tidak dirawat (MI), kumpulan MI yang menerima suplemen GP 250 mg/kg (GP 250+MI), kumpulan MI yang menerima suplemen GP 500mg/kg (GP500+MI). Kumpulan yang menerima suplemen GP diberi secara oral setiap hari selama 28 hari. Infarksi miokardium diaruh dengan suntikan isoprenalin secara subkutan pada hari ke 27 dan 28. Pada hari ke 29, semua tikus dikorbankan, sampel darah dan tisu jantung diambil. Analisis enzim jantung iaitu troponin T, laktat dehidrogenase (LDH), kreatina kinase isoenzim MB (CKMB), analisis enzim antioksidan iaitu malondialdehid (MDA), superoksida dismutase (SOD), katalase, glutation peroksidase (GPx) dan analisis histologi melalui pewarnaan H&E, Masson trikrom dan apoptosis dilakukan. Paras serum troponin T, LDH dan CKMB menunjukkan penurunan pada kumpulan GP 250+MI dan GP 500+MI berbanding kumpulan MI. Paras MDA tisu jantung juga turut menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) manakala paras enzim antioksidan (SOD dan katalase) menunjukkan peningkatan signifikan pada kumpulan GPR+MI dan GPT+MI. Walaubagaimanapun, tiada peningkatan signifikan yang diperhatikan pada paras GPx. Analisis struktur ultra melalui pewarnaan H&E, Masson trikrom dan apoptosis menunjukkan pengurangan kerosakan morfologi jantung pada kumpulan MI yang menerima suplementasi GP. Kesimpulannya, ekstrak etanol GP mempunyai kesan kardioprotektif terhadap isoprenalin aruhan MI pada model tikus.
Notes: e-tesis
Pages: 125
Call Number: QS20.5.S981k 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan suplementasi gynura procumbens pada infarksi miokardium aruhan isoprenalin dalam tikus.pdf
  Restricted Access
Full-text3.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.