Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775863
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorzana Abd Ghafar, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorZakiah Jubri, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorSyarifah Aisyah Syed Abd Halim (P88438)en_US
dc.date.accessioned2024-09-13T02:40:10Z-
dc.date.available2024-09-13T02:40:10Z-
dc.date.issued2019-04-25-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775863-
dc.description.abstractInfarksi miokardium (MI) merupakan masalah kesihatan sejagat disebabkan ia mempunyai kadar mortaliti dan morbiditi yang tinggi. Ia didefinasikan sebagai nekrosis pada sel otot jantung yang berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen dalam tempoh yang lama. Kejadian MI juga sangat berkait rapat dengan penghasilan tekanan oksidatif yang berlaku akibat ketidakseimbangan yang wujud antara penghasilan radikal bebas dan sistem pertahanan antioksidan tubuh. Rawatan konvensional MI memerlukan kombinasi ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan pada penggunaannya, kesan sampingan serta kontraindikasi. Oleh itu, pencarian terapi alternatif atau adjung adalah penting untuk menangani masalah ini. Gynura procumbens (GP) diketahui mempunyai sifat perubatan seperti antihipertensi, antihiperglisemia, antioksidan dan antimikrob. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan kardioprotektif ekstrak etanol GP pada isoprenalin aruhan MI. Sebanyak 36 tikus baka Sprague Dawley digunakan dan dibahagikan kepada enam kumpulan (n=6); kumpulan kawalan (K), kumpulan kawalan yang menerima suplemen GP 250 mg/kg (GP 250), kumpulan kawalan yang menerima suplemen GP 500 mg/kg (GP 500), kumpulan MI tidak dirawat (MI), kumpulan MI yang menerima suplemen GP 250 mg/kg (GP 250+MI), kumpulan MI yang menerima suplemen GP 500mg/kg (GP500+MI). Kumpulan yang menerima suplemen GP diberi secara oral setiap hari selama 28 hari. Infarksi miokardium diaruh dengan suntikan isoprenalin secara subkutan pada hari ke 27 dan 28. Pada hari ke 29, semua tikus dikorbankan, sampel darah dan tisu jantung diambil. Analisis enzim jantung iaitu troponin T, laktat dehidrogenase (LDH), kreatina kinase isoenzim MB (CKMB), analisis enzim antioksidan iaitu malondialdehid (MDA), superoksida dismutase (SOD), katalase, glutation peroksidase (GPx) dan analisis histologi melalui pewarnaan H&E, Masson trikrom dan apoptosis dilakukan. Paras serum troponin T, LDH dan CKMB menunjukkan penurunan pada kumpulan GP 250+MI dan GP 500+MI berbanding kumpulan MI. Paras MDA tisu jantung juga turut menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) manakala paras enzim antioksidan (SOD dan katalase) menunjukkan peningkatan signifikan pada kumpulan GPR+MI dan GPT+MI. Walaubagaimanapun, tiada peningkatan signifikan yang diperhatikan pada paras GPx. Analisis struktur ultra melalui pewarnaan H&E, Masson trikrom dan apoptosis menunjukkan pengurangan kerosakan morfologi jantung pada kumpulan MI yang menerima suplementasi GP. Kesimpulannya, ekstrak etanol GP mempunyai kesan kardioprotektif terhadap isoprenalin aruhan MI pada model tikus.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMyocardial Infarctionen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titleKesan suplementasi gynura procumbens pada infarksi miokardium aruhan isoprenalin dalam tikusen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages125en_US
dc.identifier.callnoQS20.5.S981k 2019 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002246479en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Anatomi)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan suplementasi gynura procumbens pada infarksi miokardium aruhan isoprenalin dalam tikus.pdf
  Restricted Access
Full-text3.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.