Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775643
Title: | Tawanan dan pembebasan kerohanian antara Taha Hussein dengan Mirza Mohammad Hosayn Al-Farahani semasa pandemik |
Authors: | Nur Asyiqin Zohkarnain (P116036) |
Supervisor: | Firuz Akhtar Mohamad Bohari, Dr. |
Keywords: | Husayn, Taha -- 1889-1973 -- al-Ayyam Spirituality -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Dec-2023 |
Abstract: | Taha Hussein merupakan tokoh pemikir Arab manakala Mirza Mohammad Hosayn al-Farahani pula ialah tokoh pemikir Parsi. Uniknya, Taha Hussein dalam karya Arabnya, al- Ayyam dan Mirza Mohammad Hosayn al-Farahani dalam karya Parsinya, Safarnāmah-ʼi Mīrzā Husayn Farāhānī: Qasqāzīh, ʻUthmānī, Makkah, 1302-1303 Hijirī Qamarī telah memerihalkan pandemik taun di lokasi penularan yang sama iaitu di kawasan Timur Tengah sekitar wilayah Mesir dan Mekah yang berlaku pada era pascamodenisme. Meskipun begitu, terdapat perbezaan antara mereka pada gambaran, perspektif dan reaksi dalam menghadapi pandemik. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis konsep tawanan dan pembebasan kerohanian antara Taha Hussein dengan Mirza Mohammad Hosayn al-Farahani ketika menghadapi pandemik dengan menggunakan teori Spiritual Imam al-Ghazali. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumentasi dan analisis kandungan. Berdasarkan penelitian, dalam gambaran situasi pandemik, kedua-dua tokoh ini telah tertawan dengan dua jenis tawanan memori kolektif negatif iaitu tawanan emosi (kesedihan, ketakutan dan kerinduan) dan tawanan situasi (penipuan dan kelalaian). Bagi membebaskan diri daripada tawanan memori kolektif negatif ini, kedua-dua tokoh pemikir telah menggambarkan solusi yang ampuh iaitu beramal dengan konsep ibadah ketika menghadapi pandemik taun. Taha Hussein telah menerapkan konsep ibadah zahiriah dan batiniah dalam gambarannya mengenai pandemik. Manakala Mirza Mohammad Hosayn al- Farahani pula hanya menekankan konsep ibadah batiniah sahaja. Menerusi matlamat akhir pendekatan teori Spiritual Imam al-Ghazali, kedua-dua tokoh pemikir membuktikan pegangan agama dapat mempengaruhi konsep tawanan dan pembebasan positif pengkarya ketika menghadapi pandemik. Justeru, kajian ini diharap dapat membuktikan kepentingan kesusasteraan Islami sebagai bahan kajian yang merentasi bidang. Selain itu, kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk masyarakat pada masa kini terutamanya dalam menguruskan pemikiran dan emosi ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. |
Pages: | 214 |
Call Number: | BP189.6.N833 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Tawanan dan pembebasan kerohanian antara Taha Hussein dengan Mirza Mohamad hosayn Al-farahani semasa pandemik.pdf Restricted Access | Full-text | 4.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.