Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775643
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFiruz Akhtar Mohamad Bohari, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Asyiqin Zohkarnain (P116036)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T04:01:27Z-
dc.date.available2024-08-27T04:01:27Z-
dc.date.issued2023-12-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775643-
dc.description.abstractTaha Hussein merupakan tokoh pemikir Arab manakala Mirza Mohammad Hosayn al-Farahani pula ialah tokoh pemikir Parsi. Uniknya, Taha Hussein dalam karya Arabnya, al- Ayyam dan Mirza Mohammad Hosayn al-Farahani dalam karya Parsinya, Safarnāmah-ʼi Mīrzā Husayn Farāhānī: Qasqāzīh, ʻUthmānī, Makkah, 1302-1303 Hijirī Qamarī telah memerihalkan pandemik taun di lokasi penularan yang sama iaitu di kawasan Timur Tengah sekitar wilayah Mesir dan Mekah yang berlaku pada era pascamodenisme. Meskipun begitu, terdapat perbezaan antara mereka pada gambaran, perspektif dan reaksi dalam menghadapi pandemik. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis konsep tawanan dan pembebasan kerohanian antara Taha Hussein dengan Mirza Mohammad Hosayn al-Farahani ketika menghadapi pandemik dengan menggunakan teori Spiritual Imam al-Ghazali. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumentasi dan analisis kandungan. Berdasarkan penelitian, dalam gambaran situasi pandemik, kedua-dua tokoh ini telah tertawan dengan dua jenis tawanan memori kolektif negatif iaitu tawanan emosi (kesedihan, ketakutan dan kerinduan) dan tawanan situasi (penipuan dan kelalaian). Bagi membebaskan diri daripada tawanan memori kolektif negatif ini, kedua-dua tokoh pemikir telah menggambarkan solusi yang ampuh iaitu beramal dengan konsep ibadah ketika menghadapi pandemik taun. Taha Hussein telah menerapkan konsep ibadah zahiriah dan batiniah dalam gambarannya mengenai pandemik. Manakala Mirza Mohammad Hosayn al- Farahani pula hanya menekankan konsep ibadah batiniah sahaja. Menerusi matlamat akhir pendekatan teori Spiritual Imam al-Ghazali, kedua-dua tokoh pemikir membuktikan pegangan agama dapat mempengaruhi konsep tawanan dan pembebasan positif pengkarya ketika menghadapi pandemik. Justeru, kajian ini diharap dapat membuktikan kepentingan kesusasteraan Islami sebagai bahan kajian yang merentasi bidang. Selain itu, kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk masyarakat pada masa kini terutamanya dalam menguruskan pemikiran dan emosi ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHusayn, Taha -- 1889-1973 -- al-Ayyamen_US
dc.subjectSpirituality -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleTawanan dan pembebasan kerohanian antara Taha Hussein dengan Mirza Mohammad Hosayn Al-Farahani semasa pandemiken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages214en_US
dc.identifier.callnoBP189.6.N833 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007433en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tawanan dan pembebasan kerohanian antara Taha Hussein dengan Mirza Mohamad hosayn Al-farahani semasa pandemik.pdf
  Restricted Access
Full-text4.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.