Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775621
Title: Pemikiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap hadis-hadis siyasah
Authors: Mohd. Luqman Arif Sakri (P95448)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof, Madya Dr.
Keywords: Hadith -- Criticism, interpretation, etc
Islam and politics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Sep-2023
Abstract: Terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang siyāsah sama ada disebutkan secara langsung perkataan siyāsah atau perkara-perkara yang berkaitan tentangnya seperti kepimpinan, politik, pentadbiran dan pemerintahan. Pemikiran seperti sekularisme merupakan sebuah ideologi yang mengasingkan antara urusan agama dan politik. Manakala liberalisme pula adalah ideologi yang menafsirkan al-Quran dan hadis mengikut hawa nafsu tanpa disiplin ilmu yang benar. Perkara ini memberi kesan buruk kepada agama mahupun negara. Berkaitan hadis siyāsah, perbahasan mengenainya terlalu luas kerana hampir kesemua hadis menyentuh tentang siyāsah. Secara umumnya hadis adalah penjelas bagi al-Quran dan kedua-duanya adalah sumber hukum tertinggi yang mengatur setiap dimensi kehidupan manusia. Selain itu, carian mengenai hadis siyāsah memerlukan kata kunci seperti imām, khalīfah, waliy dan amīr. Sekiranya dicari dengan kata kunci siyāsah, maka hadis itu tidak akan ditemukan. Oleh itu, penelitian ini dijalankan bagi mengenalpasti definisi hadis-hadis siyāsah, mengkaji pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap hadis-hadis siyāsah dan menganalisis implikasi pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap hadis-hadis siyāsah. Jenis kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif. Data-data dan maklumat dikumpulkan melalui kajian kepustakaan, analisis dokumen dan temu bual. Proses penganalisian data pula disusun mengikut kaedah deskriptif analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Abdul Hadi Awang banyak membahaskan perkara yang melibatkan kepimpinan dan pentadbiran termasuklah berkaitan perundangan. Hadis yang digunakan kebanyakkan bertaraf sahih. Namun terdapat juga hadis yang berstatus baik (hasan) dan lemah (ḍaʿīf) digunakan oleh beliau. Abdul Hadi Awang juga banyak menekankan tentang ketauhidan, keimanan, dakwah, kepimpinpinan, tanggungjawab, politik, amanah, perundangan Islam dan perpaduan antara kaum. Kesannya adalah dapat meningkatkan keimanan masyarakat mahupun pemimpin, menyedarkan tentang kepentingan berpolitik, menyedarkan pemimpin tentang tanggungjawab mahupun amanah, menggalakkan masyarakat mahupun pemimpin untuk menyebarkan agama Islam dan melaksanakan hukum beteraskan ajaran Islam serta dapat mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum, bangsa mahupun agama. Penambahbaikan dalam kajian ini boleh dilakukan dengan menumpukan terhadap hadis siyāsah māliyyah kerana hadis yang ditemui masih sedikit dan perbahasan mengenainya tidak secara menyeluruh.
Pages: 185
Call Number: BP135.M8455 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap hadis-hadis siyasah.pdf
  Restricted Access
Full-text2.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.