Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775621
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abdul Majid, Prof, Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd. Luqman Arif Sakri (P95448)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T01:24:37Z-
dc.date.available2024-08-27T01:24:37Z-
dc.date.issued2023-09-26-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775621-
dc.description.abstractTerdapat banyak hadis yang membicarakan tentang siyāsah sama ada disebutkan secara langsung perkataan siyāsah atau perkara-perkara yang berkaitan tentangnya seperti kepimpinan, politik, pentadbiran dan pemerintahan. Pemikiran seperti sekularisme merupakan sebuah ideologi yang mengasingkan antara urusan agama dan politik. Manakala liberalisme pula adalah ideologi yang menafsirkan al-Quran dan hadis mengikut hawa nafsu tanpa disiplin ilmu yang benar. Perkara ini memberi kesan buruk kepada agama mahupun negara. Berkaitan hadis siyāsah, perbahasan mengenainya terlalu luas kerana hampir kesemua hadis menyentuh tentang siyāsah. Secara umumnya hadis adalah penjelas bagi al-Quran dan kedua-duanya adalah sumber hukum tertinggi yang mengatur setiap dimensi kehidupan manusia. Selain itu, carian mengenai hadis siyāsah memerlukan kata kunci seperti imām, khalīfah, waliy dan amīr. Sekiranya dicari dengan kata kunci siyāsah, maka hadis itu tidak akan ditemukan. Oleh itu, penelitian ini dijalankan bagi mengenalpasti definisi hadis-hadis siyāsah, mengkaji pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap hadis-hadis siyāsah dan menganalisis implikasi pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap hadis-hadis siyāsah. Jenis kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif. Data-data dan maklumat dikumpulkan melalui kajian kepustakaan, analisis dokumen dan temu bual. Proses penganalisian data pula disusun mengikut kaedah deskriptif analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Abdul Hadi Awang banyak membahaskan perkara yang melibatkan kepimpinan dan pentadbiran termasuklah berkaitan perundangan. Hadis yang digunakan kebanyakkan bertaraf sahih. Namun terdapat juga hadis yang berstatus baik (hasan) dan lemah (ḍaʿīf) digunakan oleh beliau. Abdul Hadi Awang juga banyak menekankan tentang ketauhidan, keimanan, dakwah, kepimpinpinan, tanggungjawab, politik, amanah, perundangan Islam dan perpaduan antara kaum. Kesannya adalah dapat meningkatkan keimanan masyarakat mahupun pemimpin, menyedarkan tentang kepentingan berpolitik, menyedarkan pemimpin tentang tanggungjawab mahupun amanah, menggalakkan masyarakat mahupun pemimpin untuk menyebarkan agama Islam dan melaksanakan hukum beteraskan ajaran Islam serta dapat mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum, bangsa mahupun agama. Penambahbaikan dalam kajian ini boleh dilakukan dengan menumpukan terhadap hadis siyāsah māliyyah kerana hadis yang ditemui masih sedikit dan perbahasan mengenainya tidak secara menyeluruh.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHadith -- Criticism, interpretation, etcen_US
dc.subjectIslam and politicsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePemikiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap hadis-hadis siyasahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages185en_US
dc.identifier.callnoBP135.M8455 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007272en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap hadis-hadis siyasah.pdf
  Restricted Access
Full-text2.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.