Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775164
Title: | Hegemoni siber: utilisasi ruang maya dalam Pilihan Raya Umum ke 12 Malaysia |
Authors: | Muhamad Nadzri Mohamed Noor |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Media massa Parti politik Pilihan raya |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Kontrol dalam ruang politik Malaysia bukanlah sesuatu yang asing. Faktor ini merupakan antara sebab utama politik Malaysia diklasifikasikan sebagai sebuah sistem campuran demokrasi dan autoritarian oleh beberapa sarjana kerana wujud dasar, undang-undang dan tindakan yang autokratik dalam struktur demokrasi Malaysia. Kekangan dan sekatan politik menyebabkan parti-parti opposisi sukar untuk mempengaruhi minda masyarakat Malaysia dengan pendapat alternatif dalam usaha mereka untuk mengaggregasi dan memobilasi massa dalam perjuangan politik. Keadaan ini sebaliknya meletakkan pakatan parti pemerintah yang menguasai agen sosialisasi politik utama berada di kedudukan yang hegemonik dalam membentuk pemikiran sekaligus budaya politik massa mengikut acuan yang dikehendaki. Namun, kedudukan yang hegemonik bukanlah sesuatu yang kekal, sebaliknya bagi Gramsci (1971) aktiviti penghegemonian perlu dilakukan setiap masa di segenap ruang kehidupan massa yang ada. Pengenalan penggunaan internet oleh kerajaan secara besar-besaran pada 1997 bukan sahaja menyediakan kaedah baru bagi masyarakat Malaysia untuk mendapatkan informasi dan berkomunikasi, tetapi juga turut menyediakan satu spektrum baru bagi parti-parti politik, masyarakat sivil dan individu tertentu dalam mempengaruhi masyarakat Malaysia secara maya atau online (atas talian). lnteraksi dan komunikasi secara maya ini bukan sahaja lebih bebas berbanding di alam sebenar yang sarat dengan elemen kontrol, malah kawalan politik adalah longgar dan dilihat sebagai sukar untuk dikuatkuasaan kepada komuniti siber yang menggunakan ruang ini. Kajian ini dilakukan menggunakan metodologi analisis kandungan dengan melawat laman web pakatan parti pemerintah dan opposisi yang bertanding dalam PRU 12 Malaysia dan analisis kajian perpustakaan. Tulisan ini dimulakan dengan pemerhatian tentang sejauh manakah ruang maya diutilisasikan sepenuhnya oleh parti-parti politik yang bertanding dalam PRU 12. Seterusnya, tulisan ini membincangkan strategi yang digunapakai oleh parti-parti yang bertanding dalam laman web politik mereka. Tulisan ini juga mengkaji apakah faktor-faktor yang menyebabkan utilisasi ruang maya berupaya membentuk hegemoni yang berkesan. Manakala pada bahagian akhir, penulis membincangkan adakah keberjayaan penguasaan ruang maya berupaya memberi impak besar dalam bentuk memberi kemenangan dalam pilihan raya. |
Pages: | 139 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.