Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775162
Title: Aktiviti blogging dan kandungan blog sosio politik semasa Pilihanraya Umum ke 13: satu analisis
Authors: Syamsul Anuar Ismail
Hasmah Zainuddin
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Pilihan raya umum
Media massa
Blog
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Hari ini ramai pengguna Internet di Malaysia memilih blog sebagai alternatif kepada media massa dan sesetengahnya pula mula bergantung kepada blog sebagai sumber utama untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini. Ramai juga berpendapat dan percaya bahawa blog telah memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya yang lalu. Namun sehingga kini belum ada lagi kajian empirikal di Malaysia yang dapat membuktikan dakwaan tersebut. Justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur aktiviti b/ogging dan kandungan di dalam blog-blog sosio politik di Malaysia sebelum, semasa dan selepas pilihanraya umum yang lalu. Tiga buah blog politik di Malaysia telah dipilih dalam kajian ini iaitu blog Datuk Abdul Kadir Jasin (The Scribe A Kadir Jasin), Ahirudin Attan (Rocky's Bru), dan Datuk Ruhanie Ahmad (Kudakepang). Ketiga-tiga blog ini dipilih berdasarkan populariti blog mereka dengan menggunakan penarafan Technorati. Dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan ujian statistik Khi-Kuasa Dua ke atas entri dan maklumbalas yang diterima dalam blog- blog berkenaan, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap aktiviti blog semasa dan selepas pilihanraya berbanding sebelum pengumuman pembubaran Dewan Rakyat. Manakala dari aspek kandungan blog, pembaca blog lebih cenderung untuk memberi komen dan ulasan mereka dalam isu-isu yang berkaitan dengan politik berbanding dengan topik-topik yang lain. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menunjukkan blog semakin mendapat tempat di kalangan pengguna Internet di Malaysia bukan sahaja untuk memperolehi maklumat malah untuk berdiskusi dalam persekitaran online mengenai sesuatu isu tanpa rasa takut atau malu.
Pages: 138
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.