Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774584
Title: Blog, memblog dan pemblog : evolusi dan transisi
Authors: Shamsul Badli Mohd Yusof
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Blog
Pilihan raya
Penyebaran maklumat
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Pengaruh dan peranan internet sebagai medium atau ruang alternatif terutama dalam aspek melahirkan kebebasan bersuara bukan sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia. Kemunculannya di Malaysia sudah hampir menjangkau 20 tahun semenjak pasca era reformasi. Namun begitu pengaruh dan peranannya seringkali dipertikaikan dari segi integritinya terutama dari segi kandungan dan maklumat yang dimiliki di dalamnya. Akan tetapi di dalam Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12) ini tanggapan terhadap ruang maya di negara ini sudah mengalami satu proses transisi dari segi ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungannya yang mana kuasa dan pengaruhnya sudah mula mendapat pengiktirafan di negara ini. Sejajar dengan itu, kertas kerja ini akan membimcang evolusi dan trasnsisi internet terutama dari segi kemunculan "blog" dan "blogger" dalam PRU 12 yang telah mendapat tempat kalangan pengguna internet seperti calon-calon parti politik, aktivis-aktivis dan individu-individu sebagai ruang untuk berkempen atau jurnal kehidupan yang bersifat elektronik. Untuk tujuan ini juga, fokus diberikan kepada Blog-blog politik yang muncul dan digunapakai oleh ahli-ahli politik negara ini pasca reformasi. Seterusnya perbincangan akan meliputi sejarah evolusi dan perkembangan blog dan blogger di peringkat global dan Malaysia. Dalam melihat perkembangan blog di negara ini perbincangan seterusnya akan merungkaikan persoalan, sama ada blog merupakan sesuatu fenomena baru ataupun mempunyai kesinambungan dengan lawan sesawang. Akhir sekali wacan kertas kerja ini akan meliputi peranan dan pengaruh blog dalam PRU 12.
Pages: 134
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.