Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774583
Title: | Blog politik, blogosphere dan pilihan raya ke-12 Malaysia : satu analisis kandungan blog-blog politik di Malaysia |
Authors: | Suhaimee Saahar@ Saabar |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Pilihan Raya Umum Perang siber Blog Kempen |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 telah memberikan satu kejutan besarterutamanya kepada kerajaan Barisan Nasional. Pada pilihan raya kali ini, kerajaan Barisan Nasional hanya memenangi sebanyak 140 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Jumlah ini nyata berbeza dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-11, apabila Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berjaya memenangi lebih 2/3 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Keputusan pilihan raya kali ini juga telah memberikan satu tamparan yang hebat kepada Barisan Nasional apabila muka-muka lama dalam kerajaan tewas kepada calon-calon muda yang baru bertanding. Keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan Barisan Nasional kali ini dikatakan disebabkan oleh beberapa faktor yang wujud sebelum pilihan raya kali ini. Salah satu faktor yang dikatakan penyebab kepada kekalahan Barisan Nasional adalah disebabkan oleh kempen perang siber yang dilancarkan oleh para bloggers di internet khususnya. Pada tahun 2007, para bloggers telah dilabelkan dengan nama yang telah membangkitkan kemarahan mereka. lni terjadi apabila bekas Menteri Penerangan telah memanggil para bloggers yang dilihat sering mengecam kerajaan Barisan Nasional dalam blog-blog yang dikendalikan oleh mereka sebagai "goblok". Para blogger melihat ruang siber yang wujud pada hari ini telah menjadi satu ruang bagi mereka untuk menyuarakan suara mereka yang selama ini dinafikan dalam media massa perdana. Slogging telah dilihat sebagai satu fenomena baru yang mencetus era baru dalam kebebasan bersuara. Kertas kerja ini akan membincangkan hasil kajian yang dijalankan bagi melihat kandungan- kandungan (posting) yang dimuatkan oleh para blogger di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan menganalisis sebanyak 231 blog politik yang dipilih bagi menganalisis bentuk kandungan yang wujud dalam blog-blog politik di Malaysia. Blog-blog yang dipilih ini dikategorikan kepada tiga kategori utama iaitu blog yang menyokong kerajaan, blog yang tidak menyokong kerajaan dan blog yang bersifat neutral. Kajian akan mengfokuskan beberapa isu penting yang dimuatkan sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya ke-12 Malaysia. |
Pages: | 134 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.