Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774523
Title: Kecemerlangan pengurusan melalui kecekapan membuat keputusan
Authors: Syed Othman ALhabshi
Conference Name: Seminar Kebangsaan Islam dan Pengurusan Berkualiti Menyeluruh
Keywords: Organisasi
Keputusan
Fungsi pengurusan
Conference Date: 1997-09-03
Conference Location: Dewan Sri Impian Hotel ITM, Selangor
Abstract: 'Dato', saya nak cadangkan supaya kita cepat-cepat heli tanah ini. Kalau projek yang dirancangkan itu tidak dapat dijalankan pun, kita masih boleh dapat untung yang agak lumayan. harga tanah jarang yang turun, selalunya naik sahaja. Kalau harga saham tu lainlah, dalam satu hari pun dia boleh turun naik berkali-kali. Kata orang macam cuaca di U.K. Apa kata Dato'" 'Tetapi, bukankah keputusan seperti itu adalah besar. Ia perlukan resolusi Lembaga Pengarah. Tidak ada seorang pun dalam syarikat ini yang boleh huat keputusan besar seperti membeli tanah hernilai herjuta-juta ini" Sebenarnya, banyak lagi contoh seperti ini yang boleh kita dapati dalam urusan harian. Dari dialog di atas, berbagai perkara boleh berlaku selepas itu. Pertama sekali kita boleh buat andaian siapakah kedua-dua orang ini?, Apakah kedudukan mereka di dalam syarikat itu? Adakah mereka berangan untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka? Mungkinkah mereka benar-benar ingin memberi keuntungan itu kepada syarikat? Apakah proses membuat keputusan dalam syarikat ini tidak membolehkan mereka membeli tanah itu secepat mungkin? ·Dari contoh di atas pun kita sudah dapat lihat bagaimana proses membuat keputusan itu boleh memberi kesan kepada perjalanan syarikat atau organisasi. Sekiranya dasar syarikat tersebut memerlukan hanya dua orang itu sahaja untuk membuat apa-apa keputusan sekali pun, sudah tentulah tanah tadi dapat dibeli dengan cepat, tetapi syarikat itu mungkin tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya. Sebaliknya, banyak keputusan yang perlu dibuat segera. Jika semua keputusan perlu dibuat secara beramai-ramai, maka sudah tentu banyak perkara akan tergendala, dan banyak peluang perniagaan juga akan terlepas.Oleh yang demikian, kecekapan membuat keputusan merupakan salah satu perkara yang amat penting untuk membantu meningkatkan kecemerlangan prestasi organisasi.
Pages: 1-10
Call Number: BP190.5.M28.S448 1997 sem
Publisher: PPI & PPL
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.