Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774495
Title: Penyertaan orang asli dalam pembangunan : analisis kes suku kaum Semaq Beri di negeri Terengganu
Authors: Ramle Abdullah
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Orang asli
Semaq Beri
Sosio-ekonomi
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Orang Asli merupakan kaum pribumi di Malaysia yang sering kali dikatakan sebagai masyarakat terpinggir dalam arus pembangunan nasional. Antara lain kenyataan demikian wujud berikutan status sosio ekonomi mereka yang lebih rendah berbanding dengan lain-lain kumpulan etnik di Malaysia. Sungguhpun telah banyak usaha kerajaan untuk memajukan mereka samada dalam ekonomi mahupun sosial, namun rata- rata mereka masih ketinggalan jauh di belakang. Di antara faktor yang di katakan menghalang kemajuan ialah masalah penyertaan mereka terhadap program pembangunan yang dilaksanakan. Mereka sering dilontarkan dengan tuduhan etnik yang lebih suka hidup secara tradisional di kawasan pedalaman, melaksanakan aktiviti ekonomi tradisional seperti memburu dan mengumpul, dan menolak pembangunan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini cuba memaparkan suatu realiti berhubung penyertaan Orang Asli dalam pembangunan. Berasaskan kes di kalangan suku kaum Orang Asli Semaq Beri di Terengganu, akan cuba diketengahkan sejauhmana kesediaan mereka menyertai program pembangunan dan situasi- situasi yang mempengaruhi penyertaan mereka dalam program pembangunan berkenaan. Seterusnya akan turut dibincangkan implikasi penyertaan mereka dalam pembangunan terhadap status ekonomi dan sosial.
Pages: 126
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.