Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774211
Title: Remaja Malaysia dan identiti yang kontemporari
Authors: Zaitul Azma Zainon Hamzah
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Konflik budaya
Remaja -- Malaysia
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Zaman remaja merupakan zaman peralihan antara dunia kanak-kanak dan alam dewasa. Keingan remaja adalah mengikut selera sendiri dan golongan remaja ini sering berhadapan dengan konflik budaya. Hal ini berlaku apabila timbulnya pertentangan pemahaman tentang bahasa dan budaya antara remaja dengan masyarakat mereka. Kajian mendapati konflik budaya yang dialami oleh remaja di Malaysia ada kaitannya dengan amalan gaya hidup yang kontemporari serta persekitaran kehidupan yang mengabaikan nilai-nilai budaya. Hal ini demikian kerana setiap masyarakat yang bertamadun mempunyai dan mematuhi peraturan yang wujud dalam budaya mereka. Budaya ini merangkumi kesenian, kepercayaan, adat-istiadat, institusi, penciptaan, bahasa, teknologi dan nilai-nilai. Tuntutan budaya dalam sesebuah masyarakat adalah untuk memastikan masyarakat berkelakuan mengikut kehendak masyarakat yang dianggotainya dan mengikut pola-pola bahasa dan budaya yang telah ditetapkan. Dengan memahami peraturan bahasa dan budaya sesuatu masyarakat, konflik dapat diredakan. Justeru kertas kerja ini akan membincangkan konflik budaya yang dialami oleh remaja di Malaysia. Kedua, menghuraikan aspek budaya yang didapati telah menimbulkan konflik antara remaja dengan masyarakat di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang remaja bandar raya, bandar dan luar bandar. Data dikumpul menggunakan teknik rakaman, temu bual, dan soal selidik. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan pendekatan sosiolinguistik dan pragmatik.
Volume: 118
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.