Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774208
Title: Peranan budaya popular dalam pembelajaran bahasa Jepun oleh pelajar Universiti Putra Malaysia
Authors: Roslina Mamat
Yamato Eriko
Sanimah Hussin
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Bahasa Jepun -- Pengajaran dan pembelajaran
Bahasa asing -- Pengajaran dan pembelajaran
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Kertas kerja ini akan membincangkan peranan budaya popular seperti drama televisyen, 'manga', filem, animasi, majalah dan lagu di dalam pembelajaran bahasa Jepun oleh pelajar yang mengambil kursus kemahiran bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Aliran budaya popular yang merentasi sempadan jarak, masa dan budaya turut mempengaruhi cara berfikir anak-anak muda selepas merdeka. Waiau pun pendudukan Jepun di Malaya adalah sejarah hitam oleh warga emas Malaysia, tetapi generasi kedua dan ketiga cenderung untuk mengkagumi cara hidup dan cara kerja Jepun serta menikmati budaya popular mereka dengan bersungguh-sungguh. Kaedah kajian dijalankan dengan mengedarkan soalan kaji selidik. lnforman terdiri daripada 279 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Jepun tahap satu sehingga tahap empat dengan purata umur adalah 21 .3 tahun. 72.4 % adalah pelajar perempuan manakala 22.9% adalah pelajar lelaki. Pelajar ditanya tentang penglibatan mereka di dalam menonton siri drama, filem, animasi, komik, majalah, lagu dan permainan komputer Jepun. Soalan lain adalah, bagaimana penggunaan produk tersebut mempengaruhi tahap kemahiran berbahasa Jepun mereka. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada guru dan pensyarah bahasa asing bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pelajar lebih kreatif dan mudah memahami sesuatu bahasa dan budaya.
Pages: 117-118
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774208
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.