Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774194
Title: | Strategi pembelajaran Bahasa Melayu pelajar pribumi Sarawak |
Authors: | Zamri Mahamod Mohamed Amin Embi Jamaluddin Nik Mohd. Rahimi Nik Yusof Parilah Mohd. Shah Aliza Alias |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Bahasa Melayu -- Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu -- Sarawak |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar pelbagai etnik di Sarawak ketika belajar Bahasa Melayu di luar kelas. Secara khusus, kajian dijalankan untuk mengetahui sama ada terdapat atau tidak perbezaan dari segi jantina, etnik dan pencapaian pelajar pelbagai etnik di Sarawak ketika belajar Bahasa Melayu di luar kelas berdasarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seramai 278 orang pelajar cemerlang pelbagai etnik di Sarawak yang dipilih secara stratified random sampling dijadikan responden kajian. Saal selidik yang digunakan mengandungi 144 item tentang empat kemahiran bahasa digunakan alat pengumpulan data. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif bagi mencari kekerapan, peratusan dan min, manakala statistic inferensi dengan menggunakan Anova satu hala, korelasi dan ujian-t digunakan bagi menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi jantina, pelajar perempuan lebih banyak menggunakan strategi belajar Bahasa Melayu berbanding pelajar lelaki pelbagai etnik. Pelajar etnik lban lebih banyak menggunakan strategi belajar bahasa Melayu berbanding etnik yang lain. Dari segi kemahiran bahasa, pelajar etnik lban lebih banyak menggunakan strategi bertutur, membaca dan menulis, berbanding pelajar etnik lain, manakala strategi mendengar kurang digunakan ketika belajar Bahasa Melayu di luar kelas. Dapatan kajian juga menunjukkan Bahasa Melayu masih menjadi bahasa pertuturan utama di luar kelas dalam kalangan pelajar pelbagai etnik di Sarawak. |
Pages: | 116 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.