Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774142
Title: Bank Islam dan matlamatnya
Authors: Mohd. Azmi Omar
Editors: Ahmad Sobri Jaafar
Abdul Razak Chik
Conference Name: Prosiding Kursus Ekonomi Islam: Asas, Falsafah dan Aplikasi
Keywords: Bank Islam
Riba
Conference Date: 1989-11-16
Conference Location: Universiti Utara Malaysia, Jitra, Kedah Kampus Bandar Darulaman
Abstract: Bank Islam, sebuah konsep bank yang baru telah mula diperkenalkan kepada dunia pada awal tahun tujuh puluhan. Konsep ini telah memberi peluang kepada umat Islam untuk menyertai urusan bank sepenuhnya kerana sebelum ini mereka menjauhi bank-bank yang melibatkan riba. Pada awalnya ada beberapa golongan orang-orang Islam yang meragui kemampuan Bank Islam di dalam mengendalikan urusan bank secara moden. Setengah daripada mereka berpendapat bahawa Islam tidak mampu memberi jawapan kepada masalah-masalah lantaran itu, mereka berpendapat Islam itu hanya untuk khusus sahaja seperti sembahyang, zakat-fitrah, puasa dan haji. Ada pula yang berpendapat bahawa penyelesaian yang diberikan oleh ulama-ulama dan ahli-ahli ekonomi Islam menggantikan sistem riba di dalam operasi bank adalah tidak realistik dan akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada bank Islam. Tetapi setelah bank Islam berada di dalam urusan bank dunia selama lima belas tahun, segala kesangsian mengenainya tadi telah didapati tidak benar. Malah bank Islam telah menunjukkan satu pencapaian yang memuaskan baik dari segi keuntungan mahupun dari segi memberikan alternatif urusan bank kepada umat Islam. Pencapaian yang memuaskan telah disambut baik oleh umat Islam secara keseluruhannya. Namun begitu terdapat juga pemerhati-pemerhati bank Islam terutama ahli-ahli ekonomi Islam telah menyoal operasi bank Islam masakini tentang penekanannya yang berat terhadap setengah-setengah teknik seperti Murabahah, bai bithaman ajil dan sedikit sahaja di dalam Mudharabah dan Musyarakah. Ahli-ahli ekonomi Islam berpendapat bahawa Bank Islam sepatutnya menjadi alat di dalam proses mengislamkan masyarakat bukan setakat memberi alternatif urusan bank kepada umat Islam. Di antara tugas-tugas bank Islam ialah untuk menolong melahirkan golongan peniaga-peniaga Islam yang akan menggunakan prinsip-prinsip Islam di dalam urusan perniagaan secara meluasnya.
ISBN: 9839559176
Pages: 176-197
Call Number: BP173.75.K87 1989 n.2 sem
Publisher: Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran Awam UUM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.