Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774131
Title: Asas-asas falsafah dan etika ekonomi Islam
Authors: Nik Hustapha Haji Nik Hassan
Editors: Ahmad Sobri Jaafar
Abdul Razak Chik
Conference Name: Prosiding Kursus Ekonomi Islam: Asas, Falsafah dan Aplikasi
Keywords: Islam
Undang-undang
Kehidupan
Conference Date: 1989-11-16
Conference Location: Universiti Utara Malaysia, Jitra, Kedah Kampus Bandar Darulaman
Abstract: Perkataan 'Islam' membawa erti penyerahan dan pengabdian. Sebagai 'deen', Islam merupakan penyerahan dan pengabdian sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Perkataan 'Islam' juga boleh diertikan sebagai ketenangan. Ketenangan yang sejati kepada manusia mengikut Islam akan tercapai melalui pengabdian dengan sepenuhnya kepada Allah s.w.t . Allah berfirman, maksudnya: "Iaitu orang-orang yang beriman dan yang senang hatinya dengan mengingatkan Allah. Ketahuilah, bahawa dengan mengingatkan Allah itu, senanglah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, untuk mereka itu kebaikan dan sebaik-baik tempat kembali (syurga )". (Surah Ar-ra'du : 28-29). Islam sebagai 'deen' merupakan satu cara hidup yang lengkap serta komprehensif. Islam mencakupi segala aspek kehidupan individu, masyarakat dan negara. Islam diasaskan kepada keesaan hanya kepada Allah s .w. t. Bahkan manusia diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada Allah s.w.t . Allah berfirman, maksudnya: "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku". {Surah Al-Dhariyat : 56). Keyakinan kepada kepercayaan ini mempunyai i mplikasi yang besar terhadap kehidupan manusia. Kehidupan dan gelagat manusia sebagai individu dan kehidupan manusia bermasyarakat sudah pasti dipengaruhi oleh kepercayaan ini. Bahkan falsafah dan sikap hidup manusia dipengaruhi oleh kepercayaan yang diyakini dan dianutinya. Mengikut Al-Quran, Allah s.w.t. telah menentukan undang-undang untuk semua kejadian-Nya dan semua dengan patuhnya mengikuti undang-undang itu tanpa bantahan melainkan manusia.
ISBN: 9839559176
Pages: 3-14
Call Number: BP173.75.K87 1989 n.2 sem
Publisher: Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran Awam UUM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.