Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773940
Title: | Pendekatan psikologi dakwah dalam bimbingan saudara baru. pengalaman di Malaysia |
Authors: | Fariza Md Sham Anuar Puteh |
Conference Name: | Seminar Serantau Pemikiran Da'wah: Peranan dan Pengalaman |
Conference Date: | 2006-09-19 |
Conference Location: | Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam |
Abstract: | Dakwah lslamiah yang ditujukan kepada masyarakat Islam merupakan seruan ke arah penghayatan ajaran dan nilai Islam. Manakala dakwah lslamiah yang ditujukan kepada masyarakat bukan Islam pula merupakan ajakan dan seruan ke arah beriman kepada Allah s. w.t dengan menerima segala ajaran dan nilai Islam. Terdapat satu lagi bentuk dakwah ialah dakwah lslamiah kepada orang yang baru memeluk Islam (konversi). Di Malaysia, orang yang baru memeluk Islam dipanggil saudara baru. Dakwah kepada saudara baru merupakan seruan ke arah pengukuhan kepercayaan dan penghayatan ajaran Islam. Dalam melaksanakan dakwah ke arah pengukuhan kepercayaan dan penghayatan ajaran Islam, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan. Salah satu pendekatan tersebut ialah melalui pendekatan psikologi dakwah. Pendekatan psikologi merupakan satu pendekatan dakwah yang menggabungkan antara disiplin psikologi dan dakwah. Golongan saudara baru perlu mendapat bimbingan dan perhatian dari aspek psikologi kerana mereka berada dalam proses perpindahan iaitu berpindah dari anutan agama asal kepada agama baru. Dalam menghadapi proses perpindahan, saudara baru menghadapi konflik psikologi. Keadaan ini memerlukan kebijaksanaan pendakwah memahami psikologi saudara baru. Di Malaysia, terdapat dua kategori institusi yang menjalankan bimbingan kepada saudara baru iaitu organisasi kerajaan seperti Jabatan _jabatan Agama Islam Negeri dan NGO seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan China Muslim Malaysia (MACMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persekutuan Muslimin lndo Malaysia (P ERMIM). Kertas kerja ini membincangkan pengalaman di Malaysia melaksanakan pendekatan psikologi dakwah dalam memberi bimbingan kepada saudara baru. Dakwah yang bersifat universal dan pendekatan asasnya berpandukan kepada al-Quran dan al- Sunnah, maka pendekatan tersebut boleh dijadikan contoh dan diaplikasi oleh negara lain kerana terdapat persamaan da/am konteks ini |
Pages: | 121-136 |
Call Number: | BP170.85.S496 2006 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.