Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773938
Title: | Aplikasi kaunseling dalam dakwah bagi pembentukan modal insan yang berkualiti |
Authors: | Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Faridah Che Husain |
Conference Name: | Seminar Serantau Pemikiran Da'wah: Peranan dan Pengalaman |
Keywords: | Hubungan sesama manusia Nilai kemanusiaan Kaunseling Dakwah |
Conference Date: | 2006-09-19 |
Conference Location: | Dewan Canseloar, Universiti Brunei Darussalam |
Abstract: | Islam secara tradisinya telah lama mewujudkan aktiviti dakwah dalam kehidupan masyarakat kerana konsep pengajaran Islam sangat menekankan kepada keperluan untuk saling tolong menolong di antara sesama manusia. Tuntutan Allah kepada setiap manusia bukanlah sekadar hubungan dengan Allah tetapi juga hubungan sesama manusia. Justeru itu, segala proses yang bertujuan untuk mengajak individu kepada kesejahteraan dalam hidup dan menuju kepada jalan Allah adalah Jianggap sebagai sebahagian daripada usaha dakwah. Dalam konteks tersebut, kaunseling merupakan salah satu uslub dalam berdakwah. Oleh kerana falsafah kaunseling adalah untuk menyelesaikan masalah individu ke arah membentuk kesedaran terhadap diri sendiri, perubahan tingkahlaku dan meleraikan konjlik emosi, maka kaunseling dan dakwah mempunyai kaitan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Kaunseling berperanan untuk membantu manusia dalam mengenali diri sendiri seterusnya berupaya untuk menjalankan tugas dan peranan sebagai seorang khalifah dan hamba Allah. Kaunseling dan dakwah juga berperanan dalam menangani pe/bagai persoa/an yang diperdebatkan rentetan daripada permasalahan sosial yang berlaku akibat perubahan arus kemodenan dan kemajuan dalam era globalisasi. Justeru, terdapat pelbagai kaedah bagi mengatasi permasalahan dan kemelut yang dihadapi oleh masyarakat hari ini termasuklah dasar dan tindakan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti. Tujuan ini menjurus ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti dalam pelbagai aspek. Oleh itu, kaunseling dianggap sebagai salah satu kaedah dakwah untuk menerapkan kefahaman kepada masyarakat untuk membentuk satu komponen manusia yang dapat memperolehi keseimbangan hidup sama ada dari aspek emosi, mental ataupun fizikal. Melalui keseimbangan ini, masyarakat Islam diharap mampu untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kertas kerja ini mengupas tentang peranan kaunseling dalam masyarakat sebagai satu pendekatan dalam aktiviti dakwah yang bertujuan untuk melahirkan pembentukan modal insan yang berkualiti. Pendekatan kaunseling dalam diri individu amat penting terutamanya semasa berhadapan dengan masalah agar segala perkembangan dan potensi diri dapat dipertingkatkan ke arah tuntutan Islam. |
Pages: | 107-120 |
Call Number: | BP170.85.S496 2006 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.