Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773922
Title: Kegiatan dakwah Islamiah di pusat-pusat pengajian tinggi
Authors: Mohd. Daud Ibrahim
Mohamad Kasim
Conference Name: Seminar Dakwah Islamiah Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Tempatan
Keywords: Pusat pengajian tinggi
Dakwah Islamiah
Pelajar
Conference Date: 1979-11-09
Conference Location: Universiti Pertanian Malaysia, Selangor
Abstract: "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang hikmah dan peringatan yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik." Kegiatan Dakwah Islamiah di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi adalah satu kegiatan yang meluas yang berlaku di semua pusat-pusat pengajian tempatan dan juga berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi di luar negeri di mana terdapat pelajar-pelajar Islam melanjutkan pelajaran. Kegiatan Dakwah Islamiah atau kesedaran Islam dalam bentuk yang terdapat pada hari ini boleh dikatakan wujud dengan jelas pada akhir tahun-tahun tujuh puluhan." Kegiatan dan perkembangan yang begitu meluas di pusat-pusat pengajian tinggi itu merupakan satu fenomina yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kebangkitan Islam (Islamic resurgence) yang sedang berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Oleh sebab kegiatan itu dilakukan oleh pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi, maka kegiatan itu begitu dirasakan oleh masyarakat baik di dalam mahu pun di luar kampus, sehingga menimbulkan satu masalah yang kontraversial yang hangat dibincangkan di suatu ketika dulu, malah masih lagi diperbincangkan hingga ke hari ini. Batas Kajian: Kertaskerja ini akan meninjau perkembangan kegiatan Dakwah Islamiah di pusat-pusat pengajian tempatan di kalangan pelajar-pelajar sahaja, sesuai dengan tajuk seminar ini.
Pages: 1-8
Call Number: BP170.85.S46 1979c katsem
Publisher: Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.