Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773917
Title: Peranan kementerian pelajaran dalam penyibaran dakwah Islamiah di sekolah-sekolah
Authors: Bahagian Pelajaran Ugama Kementerian Pelajaran
Conference Name: Seminar Dakwah Islamiah Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Tempatan
Keywords: Dakwah Islamiah
Agama Islam
Sekolah
Conference Date: 1979-11-09
Conference Location: Universiti Pertanian Malaysia, Selangor
Abstract: Perkataan "Dakwah Islamiah" sebenarnya bukanlah satu istilah yang baru. Gerakan dakwah juga bukanlah baru timbul di akhir-akhir ini sahaja. Antara dakwah dan Islam merupakan sesuatu yang padu. Tidak sempurna iman tanpa dakwah kerana ugama Islam itu sendiri adalah ugama dakwah. Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dijadikan yang mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah mereka dari kemunkaran dan beriman kepada Allah Jadi unsur dakwah ini sudah ada sejak kedatangan Islam lagi. Kementerian Pelajaran merupakan institusi yang bertanggungjawab mengenai pelajaran dan pendidikan. Apabila pelajaran uzama Islam dimasukkan kedalam sistem persekolahan di Malaysia bermula pada tahun 1962 iaitu hasil Penyata Pelajaran tahun 1961. Maka dengan sendiri unsur dakwah Islamiah sudah mulai masuk ke sekolah-sekolah secara rasmi. Sebagai negeri yang baru keluar dari penjajahan, banyak kesulitan yang dihadapi samada di segi nilai kepada mata pelajaran ugama itu sendiri atau pun nilai hidup masyarakat. Alhamdulillah hingga sekarang sudah kira-kira 17 tahun pelajaran ugama diadakan dan kesannya seperti yang saudara-saudara dan saudari-saudari dapat saksikan. Adalah diakui ada banyak lagi unsur-unsur lain yang bekerjasama dalam hal ini namun kita tidak dapat menafikan bahawa ungur itu merupakan siraman kepada benih-benih yang telah ditanam di sekolah-sekolan dan di rumah-rumah.
Pages: 1-8
Call Number: BP170.85.S46 1979c katsem
Publisher: Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.